Isnin, 19 November 2012

To have, Have, Had, Having, Has

Have adalah perkataan jenis verb yang mempunyai 5 bentuk iaitu To have, Have, Had, Having, Has.

To Have memberi maksud untuk memiliki atau dimiliki. To have sering digunakan untuk future tense kala kelak.
  • This pretty handiwork would be nice to have. Kerja tangan yang cantik ini menarik untuk dimiliki.
  • Would you like to have breakfast with me? Sudikah awak bersarapan dengan saya?
Have memberi maksud ada, mempunyai atau memiliki. Have sering digunakan untuk present tense kala kini.
  • They and I have similar interests. Mereka dan saya mempunyai kegemaran yang sama.
  • Does he have a car? Adakah dia memiliki kereta?
Had memberi maksud telah memiliki atau telah mendapat. Had sering digunakan untuk past tense kala lampau.
  • The witch-doctor had an evil vision last night. Bomoh itu telah mendapat penglihatan yang jahat semalam.
  • The diver would not have dived if he had known there was a shark in the area. Penyelam itu tidak akan menyelam sekiranya dia mengetahui terdapat jerung di kawasan itu.
Having memberi maksud akan mendapat, akan memiliki, mengingini atau mengalami. Having sering digunakan untuk present tense kala kini.
  • Having a baby is all the charming princess wants. Memiliki anak adalah segalanya puteri yang menawan itu mengingini.
  • The winner of the competition is having the happiest time of her life. Pemenang peraduan itu mengalami masa yang paling gembira di dalam hidupnya.
Has memberi maksud ada, mempunyai atau memiliki. Has digunakan hanya untuk pihak ketiga iaitu he dia, she dia atau it ia.
  • The circus entertainer looks scary because she has large ears. Penghibur sarkas itu kelihatan mengerikan sebab dia mempunyai telinga yang besar.
  • She wants to marry the businessman because he has lots of wealth. Dia ingin mengahwini ahli perniagaan itu itu sebab dia memiliki harta yang banyak.
Untuk keterangan lanjut mengenai bentuk verb serta penggunaannya di dalam tense sila dapatkan ebook Verb dan Tense karya Teacher Zack.