Pada catatan yang lepas Teacher Zack pernah membincangkan mengenai
idiom. Kini Teacher Zack ingin menceritakan mengenai slang pula. Apakah dia slang? Kalau nak senang cerita slang adalah sebenarnya idiom. Di dalam catatan terdahulu Teacher Zack ada mengatakan bahawa terdapat idiom yang rasmi dan juga idiom yang tidak rasmi. Slang adalah seolah-olahnya idiom yang lebih tidak rasmi daripada idiom yang tidak rasmi, agaknya lah tu. Ada pendapat yang menganggap slang sebagai bahasa pasar. Apa pun berikut adalah contoh slang:
Chill out: Slang ini memberi maksud bertenang.
- I am really tired so i'm gonna chill out at home tonight and watch TV. Saya benar-benar letih maka saya akan bertenang di rumah malam ini dan menonton TV.
- Hey, forget about the problem and chill out. Hai, lupakan masalah itu dan bertenanglah.
- Chill out brother! Bak kata orang Melayu, "Relaks brader!"
Perhatikan bahawa slang chill out bersifat idiomatic (simpulan bahasa) sepertimana idiom yang lain. Oleh itu timbul satu soalan, bagaimanakah caranya untuk mengetahui perbezaan diantara slang dan idiom? Terdapat berbagai pendapat diperingkat antarabangsa mengenai perbezaan slang dan idiom. Ada yang mengatakan penterjemahan perkataan-perkataan yang terdapat di dalam idiom dan slang tidak serupa. Ada pula yang mengatakan bahawa idiom digunakan dengan luas di Amerika manakala slang hanya digunakan di kawasan Mexico sahaja. Ada pula yang mengatakan bahawa slang akan menjadi idiom setelah penggunaannya menjadi terkenal.
Terdapat berbagai lagi pendapat mengenai perbezaan diantara slang dan idiom. Bagi Teacher Zack, entahlah Teacher Zack pun belum pasti akan perbezaannya. Kalau difikirkan,
phrasal verb pun bersifat idiomatic, kan? Apa pun Teacher Zack menganggap slang, idiom dan phrasal verb sebagai simpulan bahasa. Ingat ye, mempelajari slang, idiom dan phrasal verb adalah amat penting di dalam Bahasa Inggeris disebabkan penggunaannya yang meluas di seluruh dunia. Jom kita chill out kat tempat peranginan, nak? :)