Selasa, 20 November 2012

Can, Could

Can you climb a mountain? Bolehkah awak memanjat gunung? Can adalah perkataan jenis verb, lebih tepat lagi auxiliary verb. Can mempunyai 2 bentuk iaitu can, could. Pada dasarnya could adalah past tense kala lampau untuk can.

Can
Can sering digunakan untuk bertanya atau meminta sesuatu.
  • Can you help the lift attendant carry those boxes? Bolehkah awak menolong penjaga lif mengangkat kotak-kotak itu?
  • The Executive Supervisor will call you at 7pm tomorrow, can he?. Penyelia Pelaksana akan menelefon awak pada pukul 7 malam esok, bolehkah?
Can boleh juga menunjukkan kemampuan, kebolehan, kemahiran.
  • That thin boy can carry this large table. Budak lelaki kurus itu boleh mengangket meja besar ini.
  • This mathematical equation can easily be solved by that genius. Persamaan matematik ini dengan mudah boleh diselesaikan oleh orang yang bergeliga itu.
Can boleh menunjukkan kuasa.
  • The dictator can punish people as he wish. Diktator itu boleh menghukum orang sesuka hati dia.
  • The Assistant Manager can sign this order form. Penolong Pengurus boleh menandatangani borang pesanan ini.
Can juga menunjukkan kemungkinan.
  • The accident victim can go into shock. Mangsa kemalangan itu boleh mendapat kejutan.
  • If you run you can slip and fall. Jika awak lari awak boleh tergelincir dan jatuh.
Could
Could sering digunakan untuk menunjukkan kemampuan, kebolehan atau kemahiran di masa lampau.
  • I can't carry heavy things now but I could do it many years ago. Saya tidak boleh mengangkat benda berat sekarang tetapi says boleh melakukannya beberapa tahun lalu.
Could boleh menunjukkan kuasa di masa lampau.
  • When he was a leader before he could punish you but now he is no longer in power. Semasa dia adalah seorang ketua dahulu dia boleh menghukum awak tetapi sekarang dia tidak lagi berkuasa.
Could boleh juga menunjukkan kemungkinan di masa lampau.
  • The chemical solution could have turned blue or green before but now it cannot. Larutan kimia itu mungkin boleh bertukar biru atau hijau sebelum ini tetapi sekarang tidak boleh.
Slang untuk can
Walau pun can sering digunakan untuk maksud-maksud di atas, can boleh juga digunakan sebagai slang.

Sebagai slang, can boleh memberi maksud tandas.
  • The receptionist has got stomach problem, so she's gone to the can. Penyambut tetamu itu mengalami sakit perut, maka dia telah pergi ke tandas.
Sebagai slang, can boleh memberi maksud penjara.
  • If he continues stealing someday he will be in the can. Jika dia meneruskan mencuri satu hari nanti dia akan berada di dalam penjara.
Ok, tu je buat masa ni. Jaga makan ye sebab kalau tak jaga nanti selalu kena pergi ke can tandas, hehe.

Penerangan terperinci mengenai perbezaan diantara verb dan auxiliary verb serta penggunaannya di dalam ayat terdapat di dalam ebook Verb dan Tense karya Teacher Zack.