بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله وبركاته
Teacher Zack adalah seorang yang fasih bertutur dalam Bahasa Inggeris sejak dari kecil lagi. Walaupun begitu, pengetahuan Teacher Zack mengenai tatabahasa Bahasa Inggeris adalah terhad dan Teacher Zack sedang mempelajarinya secara bersendirian.
Oleh kerana Teacher Zack minat mengajar dan memandangkan pemahaman Bahasa Inggeris dimasa kini terutamanya dikalangan pelajar masih ditahap yang rendah maka Teacher Zack telah membuat keputusan untuk mengendalikan kursus Bahasa Inggeris di blog InfoInggeris.
InfoInggeris untuk siapa?
Pada mulanya Teacher Zack menyangka bahawa InfoInggeris akan menjadi tumpuan murid-murid sekolah. Walau bagaimanapun, Teacher Zack terkejut apabila mendapati bahawa golongan dewasa terutamanya guru-guru menjadi pengunjung utama InfoInggeris. Bukan itu saja, bahkan Teacher Zack mendapati bahawa ramai diantara pengunjung-pengunjung setia InfoInggeris adalah dari luar negara seperti America, Poland, Russia, Germany dan lain-lain.
Berdasarkan corak pengunjungan yang tidak disangka ini maka Teacher Zack telah mengubah cara pengendalian pembelajaran di InfoInggeris agar lebih sesuai untuk golongan pengunjung-pengunjung ini.
Cara pengendalian pembelajaran
Buat masa ini pembelajaran di InfoInggeris dibahagikan kepada dua bahagian iaitu pembelajaran di blog dan ebook. Pembelajaran di blog memberi fokus kepada panduan nahu serta perbendaharaan perkataan (vocabulary). Bahagian ini bagus untuk mereka yang menginginkan tips nahu serta kemahiran penggunaan perkataan.
Bagi mereka yang memerlukan pembelajaran yang lebih mendalam, khususnya tatabahasa (grammar), bolehlah membeli ebook-ebook Teacher Zack yang mengandungi teknik-teknik pembelajaran Bahasa Inggeris yang terperinci, berkualiti tinggi dan mudah difahami.
Kandungan pembelajaran InfoInggeris
Teacher Zack memandang berat terhadap kandungan pembelajaran InfoInggeris. Setiap maklumat pembelajaran di InfoInggeris adalah hasil dari kajian yang dibuat oleh Teacher Zack sendiri. Teacher Zack memandang berat dari segi kualiti, maklumat yang terperinci dan teratur, serta cara pembentangan yang mudah difahami. Setiap ayat dibina dengan teliti dimana tekanan diberi kepada perbendaharaan perkataan (vocabulary).
Harapan Teacher Zack
Teacher Zack harap InfoInggeris dapat memberi manfaat walaupun sedikit kepada pengunjung-pengunjung yang dihormati.
Sekian, terima kasih.
Untuk InfoInggeris,
-Teacher Zack :)