Isnin, 26 November 2012

Pelajarilah perkataan Inggeris Dance

Teacher Zack likes to watch gymnastic and ballet dancing. Teacher Zack suka menonton gimnastik dan tarian balet. Dancing adalah perkataan yang berpunca dari perkataan dance. Dance adalah perkataan Inggeris jenis verb yang memberi maksud menari. Dance mempuyai 5 bentuk iaitu to dance, dance, danced, dancing dan dances.

to dance
  1. to dance memberi maksud menari: The ballerina loves to dance at Zackarina Ballet Theatre. Penari balet perempuan itu suka menari di Dewan Balet Zackarina.
  2. to dance boleh juga bererti untuk menari: The famous Hong Kong belly dancer went to Dubai to dance in front of the Royal family. Penari gelek Hong Kong yang terkenal itu telah pergi ke Dubai untuk menari di hadapan keluarga di Raja.
dance
  1. dance memberi maksud menari: Hey people, come and dance with our fantastic hip hop dancers! Wahai semua, marilah menari dengan penari-penari hip hop kami yang hebat!
  2. dance boleh juga diterjemahkan sebagai menarilah: This is what you have been waiting for, so dance! Inilah yang anda telah lama menunggu, maka menarilah!
danced
  1. danced bererti telah menari: The Modern Joget Group danced very well at the dancing competition last night. Kumpulan Joget Moden itu telah menari dengan sungguh baik pada pertandingan menari malam tadi.
dancing
  1. dancing memberi maksud sedang menari: The wife of the Sultan is dancing with the Uganda Cultural Dancers. Isteri kepada Sultan sedang menari dengan Penari-penari Kebudayaan Uganda.
  2. dancing boleh juga bererti menari: Dancing has always been a passion of King Zackrula's daughter. Menari memang telah lama menjadi keberahian anak perempuan Raja Zackrula.
dances
Perkataan Inggeris dances hanya boleh digunakan untuk pihak ketiga tunggal iaitu he dia, she dia dan it ia.
  1. dances memberi maksud menari: The seven year old girl dances to the keroncong song gracefully. Kanak-kanak perempuan yang berumur tujuh tahun itu menari mengikuti lagu keroncong itu dengan lemah gemalai.
Maka itulah sahaja pelajaran kita mengenai bentuk-bentuk perkataan dance sebagai verb. Perkataan dance boleh juga digunakan sebagai noun dan ia memberi maksud tarian seperti berikut:
  1. May I have this dance? Bolehkah saya diberi tarian ini? (Ayat ini sebenarnya mengajak seseorang menari dengan kita).
  2. My dancing teacher studied dance in college. Guru tarian saya telah mempelajari tarian di kolej.
Terdapat pula perkataan dancer iaitu perkataan Inggeris jenis noun yang memberi maksud penari:
  1. He is not only a jazz dancer but he is also a classical dancer, tap dancer and break dancer. Dia bukan sahaja penari jazz tetapi dia adalah juga penari klasikal, penari tap dan juga penari break.
Ada juga perkataan dancingly iaitu perkataan Inggeris jenis adverb yang bermaksud secara menari:
  1. The contestant dancingly walks on stage. Peserta itu berjalan secara menari di atas pentas.
Keterangan lanjut mengenai cara-cara membina ayat dengan menggunakan bentuk-bentuk verb terdapat di dalam ebook Verb dan Tense Teacher Zack.