Selasa, 13 November 2012

Do, Did dan Done

Selamat pagi, dah sarapan ke? Pagi ni Teacher Zack nak cerita tentang perbezaan perkataan did dan done. Did dan done adalah past tense untuk perkataan do. Ingat ye, past tense adalah perbuatan yang dilakukan dimasa lampau.

Perkataan do memberi maksud membuat atau melakukan, contohnya:
  • Can you do this work? Bolehkah awak melakukan kerja ini?
Untuk menyatakan past tense kita boleh berkata seperti berikut:
  • He did this work yesterday. Dia melakukan kerja ini semalam.
  • He has done this work yesterday. 'Dia telah habis melakukan kerja ini semalam' atau 'Dia sudah melakukan kerja ini semalam'.
Perhatikan bahawa did memberi gambaran perbuatan yang sedang berlaku dimasa lampau manakala done memberi gambaran perbuatan yang telah habis dilakukan dimasa lampau.

Lihat contoh ayat-ayat seterusnya:
  • Just now I did the laundry. Baru tadi saya membasuh kain.
    Just now I have done the laundry. Baru tadi saya telah habis membasuh kain.
  • Did you do it? Adakah awak melakukannya?
    Have you done it? Sudahkah awak melakukannya?
  • They did it. Mereka melakukannya.
    They have done it. Mereka sudah melakukannya.
  • Did he climb? Adakah dia memanjat?
    Has he done climbing? Sudahkah dia habis memanjat?
  • We did it ourselves. Kami melakukannya sendiri.
    We have done it ourselves. Kami sudah melakukannya sendiri.
Itu je untuk pagi ni ye. Teacher Zack pun dah lapar ni sebab belum sarapan. Have a nice day :)