Sabtu, 17 November 2012

To write, Write, Wrote, Written, Writing, Writes

Write memberi maksud tulis. Write adalah perkataan jenis verb yang mengandungi 6 bentuk iaitu to write, write, wrote, written, writing dan writes. Jom kita buat ayat!

To write memberi maksud untuk menulis.
  • Did the engineer come to office to write his report? Adakah jurutera itu datang ke pejabat untuk menulis lapurannya?
  • It is not easy to write a book. Bukan mudah untuk menulis sebuah buku.
Write memberi maksud tulis.
  • Don't talk, write! Jangan bercakap, tulis!
  • Write for that magazine editor, if you please. Tulis untuk penyunting majalah itu, jika anda sudi.
Wrote memberi maksud telah menulis atau menulis.
  • The farmer wrote that article. Petani itu telah menulis rencana itu.
  • My salesman wrote that proposal, not your manager. Jurujual saya telah menulis cadangan itu, bukan pengurus awak.
Written memberi maksud telah habis menulis atau ditulis.
  • The journalist have written the essay last night. Wartawan itu telah habis menulis esei itu semalam.
  • The police officer said the report was written by him. Pegawai polis itu berkata lapuran itu telah ditulis olehnya.
Writing memberi maksud sedang menulis.
  • Teacher Zack is writing this sentence now. Teacher Zack sedang menulis ayat ini sekarang.
  • That rich man is writing his will. Orang lelaki kaya itu sedang menulis wasiatnya.
Writes memberi maksud tulis dan hanya digunakan untuk pihak ketiga iaitu he dia, she dia atau it ia.
  • That fisherman writes like a professional writer. Nelayan itu menulis seperti seorang penulis profesional.
  • Can you believe that the nurse can write while walking! Percayakah awak bahawa jururawat itu boleh menulis sambil berjalan!
Untuk keterangan lanjut mengenai bentuk verb serta penggunaannya di dalam tense sila dapatkan ebook Verb dan Tense karya Teacher Zack.