Rabu, 14 November 2012

Speak, Speaking, Speaks, Spoke, Spoken

Perkataan speak adalah verb, iaitu kata kerja, yang memberi maksud bercakap. Speak mempunyai 5 bentuk iaitu speak, speaking, speaks, spoke dan spoken. Jom kita belajar setiap satu bermula dengan speak.

Speak memberi maksud bercakap:
  • He is too weak to speak. Dia terlalu lemah untuk bercakap.
  • You have to speak slower. Awak hendaklah bercakap dengan perlahan.
Speaking memberi maksud sedang bercakap:
  • I am speaking to you. Saya sedang bercakap dengan awak.
  • He is speaking without thinking. Dia sedang bercakap tanpa berfikir.
Speaks memberi maksud bercakap tetapi ia digunakan hanya untuk pihak ketiga iaitu he dia atau she dia.
  • She speaks English better than me. Dia bercakap Bahasa Inggeris lebih baik dari saya.
  • Ahmad speaks with a good voice. Ahmad bercakap dengan suara yang baik.
Spoke adalah past tense (kala lampau) untuk perkataan speak.
  • The doctor spoke to him last week. Doktor itu bercakap dengan dia minggu lepas.
  • Didn't father spoke to you about this last matter night? Tidakkah ayah bercakap dengan awak mengenai perkara ini malam tadi?
Spoken adalah past tense (kala lampau) untuk perkataan speak. Perbezaan antara spoke dan spoken adalah bahawa spoke memberi gambaran percakapan yang sedang berlaku dimasa lampau manakala spoken memberi gambaran percakapan yang telah habis berlaku dimasa lampau.
  • The teacher have spoken to us about this just now. Guru itu sudah bercakap dengan kami mengenai perkara ini baru tadi.
  • Every word spoken by him came from that letter. Setiap perkataan yang telah diucapkan olehnya dipetik dari surat itu.