Syarat penggunaan dan jual-beli

Syarat penggunaan blog
Seluruh kandungan laman web www.infoinggeris.blogspot.com adalah hak cipta terpelihara © 2013 InfoInggeris. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran, atau diedarkan dalam apa-apa bentuk atau dengan alat apa jua pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar, rakaman atau sebagainya, tanpa kebenaran daripada pengarangnya terlebih dahulu.

Walaupun segala usaha telah dibuat untuk memastikan kesahihan maklumat, kandungan yang terdapat dalam laman web ini hanyalah pendapat pengarang dan dimaksudkan untuk kegunaan maklumat sahaja.

Pengarang menyangkal dari dipertanggungjawabkan jika terdapat kesilapan, keaiban mahupun perbezaan tafsiran dalam kegunaan dan aplikasi maklumat yang terdapat dalam laman web ini. Pengarang juga tidak boleh dipertanggungjawabkan atas apa-apa kehilangan, risiko, kerosakan, salah penggunaan yang terbit dari penggunaan laman web ini secara langsung mahupun secara tidak langsung. Sila dapatkan nasihat profesional jika kesahihan maklumat diperlukan.

Syarat jual-beli produk (termasuk ebook)
Berikut adalah syarat jual-beli produk InfoInggeris:
  • Semua urusan jual-beli adalah muktamad.
  • Pembayaran yang melebihi harga produk tidak akan dikembalikan.
  • Pemindahan wang yang telah dibuat tidak akan dikembalikan.
  • Produk yang telah dibeli tidak boleh ditukar dan tidak boleh dikembalikan.
  • Borang pesanan yang dihantar kepada kami melebihi 48 jam dari waktu pembayaran (pemindahan bank) dibuat tidak akan diterima.