Khamis, 22 November 2012

Brother, Brothers, Brethen, Brotherhood, Bro

Assalaamu'alaikum, pagi ni Brother Zack nak cerita sikit pasal perkataan brother. Jom kita mulakan dengan Al-Hadith:

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim - With the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful Dengan nama Allah, Maha Pemurah, Maha Penyayang

Narrated 'Ursa: The Prophet asked Abu Bakar for 'Aisha's hand in marriage. Abu Bakar said "But I am your brother." The Prophet said, "You are my brother in Allah's religion and His Book, but she (Aisha) is lawful for me to marry." - Hadith Bukhari 62:18.

Diriwayatkan oleh 'Usra r.a: Rasulullah s.a.w bertanya kepada Abu Bakar r.a untuk menikahi 'Aisha r.a. Abu Bakar berkata, "Tetapi saya adalah saudara awak." Rasulullah s.a.w berkata, "Awak adalah saudara saya di dalam agama Allah s.w.t dan KitabNya, tetapi ('Aisha) adalah sah untuk saya menikahi." - Hadith Bukhari 62:18.

Brother adalah perkataan jenis noun. Pada dasarnya brother boleh memberi maksud abang, adik lelaki atau saudara. Untuk plural majmuk kita boleh guna perkataan brothers atau brethen. Berikut adalah maksud-maksud perkataan brother:
  1. lelaki yang mempunyai ibu-bapa yang sama: Ahmad bin Zaki is a younger brother to Ramli bin Zaki. Ahmad bin Zaki adalah adik lelaki kepada Ramli bin Zaki.
  2. lelaki yang mempunyai agama yang sama: All Muslims are brothers. Semua orang-orang Islam adalah bersaudara.
  3. lelaki yang setia di dalam kumpulan atau persatuan: Together as brothers we will work diligently to achieve success. Bersama-sama sebagai saudara kami akan bekerja dengan tekun untuk mencapai kejayaan.
  4. lelaki yang sudah dipercayai sebagai sahabat karib: I already regarded the butcher as a brother to me because I have known him for over 40 years. Saya sudah menganggap penjual daging itu sebagai saudara saya sebab saya sudah mengenalinya melebihi 40 tahun.
  5. lelaki yang menjadi rakan seperjuangan: Attack! Let's fight as comrades and brethen! Serang! Marilah berperang sebagai rakan taulan dan rakan seperjuangan! (Kalau Brother Zack berani macam ni kan bagus).
Brotherhood pula adalah perkataan noun yang memberi maksud persaudaraan diantara lelaki: Followers of The Religious Movement believe that their brotherhood within themselves will never fade. Pengikut-pengikut Gerakan Keagamaan yakin bahawa persaudaraan diantara mereka tidak akan lenyap.

Terdapat juga slang yang sering digunakan diseluruh dunia termasuk di Malaysia iaitu bro yang memberi maksud kawan lelaki: Hey bro, let's go and eat something. Hai kawan, marilah kita pergi makan sesuatu.

Frasa-frasa yang perlu diketahui adalah seperti berikut:
  1. blood brother saudara darah
  2. big brother abang
  3. little brother adik lelaki
  4. half-brother (atau dieja half brother), step-brother (atau dieja stepbrother) abang tiri atau adik tiri lelaki
  5. foster brother abang angkat atau adik angkat lelaki
  6. brother-in-law abang ipar atau adik ipar lelaki
Sampai sini je, Brother Zack ada hal sikit. Take care Jaga diri :)