Ahad, 18 November 2012

Fever, Fevered, Feverish

Pagi tadi Teacher Zack rasa tak sedap badan rupa-rupanya tengahari tadi Teacher Zack dah demam. Di dalam Bahasa Inggeris perkataan untuk demam ialah fever. Perlu dinyatakan di sini bahawa walau pun fever memberi maksud demam, fever boleh juga memberi maksud keriangan atau keghairahan. Pada dasarnya fever adalah perkataan jenis noun.
  • The archeologist had a fever after he touched the amulet. Ahli arkeologi itu mendapat demam setelah dia menyentuh azimat itu.
  • The audience was in a fever while waiting for the superstar actress to appear. Penonton berada di dalam keadaan keghairahan sambil menunggu bintang pelakon itu muncul.
Fever boleh juga menjadi perkataan jenis verb yang sering digunakan di dalam bentuk past tense iaitu fevered.
  • The virus carried by the Aedes mosquito fevered the scientist. Virus yang dibawa oleh nyamuk Aedes itu telah menyebabkan ahli sains itu demam.
  • The excitement that fevered the fan has caused his death. Keghairahan yang menimpa peminat itu telah menyebabkan kematiannya.
Perkataan fever sering dikelirukan dengan perkataan feverish sebab kedua-duanya mempunyai maksud yang sama iaitu demam atau keriangan. Walau bagaimana pun feverish adalah perkataan jenis adjective.
  • Dengue is a feverish illness. Denggi adalah penyakit yang menyebabkan demam.
  • Wow, the famous singer has caused a feverish situation in the audience. Wah, penyanyi terkenal itu telah menyebabkan keadaan keghairahan di kalangan penonton.
Adoi, Teacher Zack perlu berehat ni sebab masih demam. Sebelum mengakhiri catatan ini Teacher Zack ingin menterjemahkan salah satu hadith kegemaran Teacher Zack iaitu:
  • Narrated Ibn 'Umar: The Prophet s.a.w said, "Fever is from the heat of the (Hell) Fire; so abate fever with water." - Bukhari 54:486. Diriwayatkan oleh Ibn 'Umar: Rasulullah s.a.w telah bersabda, "Demam adalah dari kepanasan Api (Neraka); maka redakan demam dengan air." - Bukhari 54:486.