Jumaat, 30 Ogos 2013

Gejala sosial dalam kalangan pelajar

Terjemahan tajuk dalam Bahasa Inggeris: Social phenomenon among students.


Perkataan Bahasa Inggeris among sebagai preposition

Di bawah adalah maksud perkataan among serta contoh-contoh frasa yang menggunakannya. Perhatikan bagaimana among, sebagai preposition, memberi petunjuk kepada noun dan pronoun.
  1. di antara:
    1. among us - di antara kami.
    2. among yourselves - di antara kamu semua.
    3. among the group of tourist - di antara kumpulan pelancong itu.
    4. among the things - di antara perkara-perkara.

Selasa, 27 Ogos 2013

Hanya di penghujung nyawa

Terjemahan tajuk dalam Bahasa Inggeris: Only at the end of life.


Perkataan Bahasa Inggeris end sebagai noun

Plural (majmuk) untuk perkataan end adalah ends. Maksud end sebagai noun adalah:
  1. hujung:
    1. Sila pegang di hujung tali. - Please hold at the end of the rope.
    2. Rumah kami terletak di hujung barat bandar. - Our house is located at the west end of town.
  2. penghujung:
    1. Dia menunjukkan kebaikan hatinya tanpa penghujung. - He showed his kindness without end.
    2. Perjalanan kami telah sampai dipenghujungnya. - Our journey has come to an end.

Isnin, 26 Ogos 2013

Cara membaca garis tangan

Terjemahan tajuk dalam Bahasa Inggeris: How to read palm lines.


Perkataan Bahasa Inggeris line sebagai noun

Plural untuk perkataan line adalah lines. Maksud line sebagai noun adalah:
  1. garis:
    1. Garis-garis yang terdapat dalam buku latihan ini pudar. - The lines in this exercise book are faded.
  2. garisan:
    1. Sila buat garisan lurus. - Please make a straight line.
  3. sempadan:
    1. Kami sudah sampai di sempadan wilayah. - We have reached the county line.

Ahad, 25 Ogos 2013

Terdapat lagi video kes pembunuhan pelakon wanita

Terjemahan tajuk dalam Bahasa Inggeris: Yet more video on actress murder case.


Perkataan Bahasa Inggeris yet sebagai adverb

Tersenarai di bawah adalah cara penggunaan perkataan yet sebagai adverb. Perhatikan bagaimana yet memberi keterangan kepada verb, adjective atau adverb lain:
  1. isn't ready yet - belum bersedia lagi 
  2. not yet come - belum datang lagi 
  3. may yet change - mungkin akan berubah 
  4. young yet wise - muda tetapi bijak 
  5. don't go yet - jangan pergi dulu 
  6. Are they here yet? - Adakah mereka sudah berada di sini? 
  7. There is yet time. - Terdapat masa lagi

Sabtu, 24 Ogos 2013

Masalah kerap kencing

Terjemahan tajuk dalam Bahasa Inggeris: The problem of urinating often.


Perkataan Bahasa Inggeris often sebagai adverb
Sebagai adverb, perkataan often memberi keterangan kepada verb, adjective atau adverb yang lain, contohnya came often, dreams often, visits often, how often, too often, as often, more often atau sebagainya. Maksud often adalah kerap, sering atau selalu.

Bentuk perkataan Bahasa Inggeris often
Sebagai adverb, perkataan often mempunyai tiga bentuk iaitu:
  1. often - kerap
  2. oftener - lebih kerap
  3. oftenest - paling kerap

Jumaat, 23 Ogos 2013

Langgar, bunuh dan pandu pergi

Terjemahan tajuk dalam Bahasa Inggeris: Hit, kill and drive away.


Perkataan Bahasa Inggeris away sebagai adverb

Berikut adalah maksud perkataan away sebagai adverb serta cara penggunaannya:
  1. jauh:
    1. go away - pergi jauh
    2. run away - lari jauh
  2. pergi:
    1. drive away - memandu pergi
    2. sweep away - menyapu pergi
    3. blow away - meniup pergi
    4. drag away - menyeret pergi

Khamis, 22 Ogos 2013

Kuasa barat mengenepikan isu Palestin

Terjemahan tajuk dalam Bahasa Inggeris: Western powers ignore Palestinian issue.

Perkataan Bahasa Inggeris power sebagai noun

Plural untuk perkataan power adalah powers. Contoh penggunaan perkataan power sebagai noun adalah this power, more power, Western powers, political power, wind power, turbo power dan sebagainya. Maksud power sebagai noun adalah:
  1. kuasa:
    1. Apakah kuasa mentol ini? - What is the power of this bulb?
    2. Tiada seimbangan kuasa di negara itu. - There is no balance of power in that country.
    3. Kuasa barat mengenepikan isu Palestin. - Western powers ignore Palestinian issue.
    4. Kapal layar menggunakan kuasa angin untuk bergerak. - A sailing ship uses wind power to move.
  2. kebolehan:
    1. Halimah mempunyai kebolehan penumpuan yang baik. - Halimah has got good power of concentration.
    2. Kanak-kanak yang berumur 5 tahun ini mempunyai kebolehan yang unik. - This 5-year old girl has unique powers.

Perkataan Bahasa Inggeris power sebagai adjective

Contoh penggunaan perkataan power sebagai adjective adalah power tool, power windows, power brakes, power station, power lines dan sebagainya. Maksud power sebagai adjective adalah:
  1. kuasa:
    1. Tingkap kuasa kereta saya tidak berfungsi. - The power windows of my car is not functioning.
    2. Adakah kereta anda brek kuasa? - Does your car have power brakes?
    3. Hanya terdapat dua stesen jana kuasa di bahagian bandar ini. - There is only two power stations in this part of town.
    4. Talian (kuasa) letrik putus akibat ribut. - Power lines broke amid storm.

Perkataan Bahasa Inggeris power sebagai verb

Sebagai verb, perkataan power adalah jenis regular verb yang mempunyai lima bentuk iaitu:
  1. to power - infinitive
  2. power - base
  3. powered - past simple / past participle
  4. powering - present participle
  5. powers - present simple
Maksud power sebagai verb adalah:
  1. menguasakan:
    1. Saya perlu menguasakan telefon saya. I need to power my phone.
    2. Kuasa atomic menguasakan kapal selam yang baru. - Atmoic energy powers the new submarines.
    3. Sebuah motor letrik menguasakan kipas ini. - An electric motor powers this fan.
    4. Adakah anda menguasakan kereta anda dengan petrol atau gas? - Are you powering your car with petrol or gas?

Rabu, 21 Ogos 2013

Panduan menduduki ujian SPM

Terjemahan tajuk dalam Bahasa Inggeris: Guide to sit for SPM examination.


Perkataan Bahasa Inggeris sit sebagai verb

Sebagai verb, perkataan sit adalah jenis irregular verb yang mempunyai lima bentuk iaitu:
  1. to sit - infinitive
  2. sit - base
  3. sat - past simple / past participle
  4. sitting - present participle
  5. sits - present simple
Cara penggunaan perkataan sit sebagai verb adalah they wanted to sit, we sit, I sat, he was sitting, she sits atau sebagainya. Maksud sit sebagai verb adalah:
  1. duduk:
    1. Nur sedang duduk di atas kerusi itu. - Nur is sitting on that chair.
  2. mendudukkan:
    1. Siti mendudukkan diri di atas kudanya secara lemah lembut. - Siti sits her horse gracefully.
  3. diduduki:
    1. Meja makan malam kita hanya boleh diduduki enam orang. - Our dining-room table only sits six people.
  4. menduduki:
    1. Saya akan menduduki peperiksaan itu esok. - I will sit the examination tomorrow.
  5. terletak:
    1. Ia adalah sebuah rumah yang terletak di atas bukit. - It is a house that sits on a hill.
  6. membiarkan:
    1. Mereka membiarkan sahaja hal itu. - They let the matter sit.
  7. menjaga:
    1. Bolehkah awak menjaga anak-anak saya apabila saya keluar? - Can you sit my kids while I go out?

Perkataan Bahasa Inggeris sit dalam phrasal verb

  1. sit down - duduk:
    1. Sila duduk. - Please sit down.
  2. sit in - menghadiri, mengambil bahagian:
    1. Adakah awak telah menghadiri seminar itu? - Did you sit in that seminar?
  3. sit on - mendiamkan:
    1. Dia mendiamkan bukti itu. - She sat on the evidence.
  4. sit up - duduk tegak:
    1. Jangan bongkok! Duduk tegak! - Don't slouch! Sit up!

Perkataan Bahasa Inggeris sit dalam idiom

  1. sit tight - jangan kemana:
    1. Jangan kemana. Saya akan kembali semula. - Sit tight. I'll be right back.
  2. sit pretty - selesa:
    1. Dia selesa sejak dia telah mendapatkan pekerjaan baru itu. - He's been sitting pretty ever since he got that new job.

Perkataan-perkataan Bahasa Inggeris yang berkaitan dengan perkataan sit

  1. sit around (verb) - duduk disekililing:
    1. Kami duduk disekililing api. - We sat around the fire.
  2. sit back (verb) - duduk bersandar:
    1. Sila duduk bersandar dan bertenang. - Please sit back and relax.
  3. sit by (verb) - membiarkan:
    1. Jangan membiarkan sahaja sedangkan dia menyakiti awak. - Don't just sit by while he hurts you.

Ahad, 18 Ogos 2013

Doa menghalau jin syaitan di sekeliling kita

Terjemahan tajuk dalam Bahasa Inggeris: Prayer to rid of satanic jins around us.


Perkataan Bahasa Inggeris around sebagai adverb

Contoh penggunaan perkataan around sebagai adverb adalah all around, looking around, running around, gathered around, lying around, bordered around, spun around, rolled around, wander around atau sebagainya. Maksud around sebagai adverb adalah:
  1. sekeliling:
    1. Ladang Pak Mudin dipagar sekeliling sepenuhnya. - Pak Mudin's land is fenced all around.
    2. Semua kanak-kanak berkumpul di sekeliling. - All the children gathered around.
    3. Saya datang untuk melihat di sekeliling. - I came to look around.
  2. ke sana ke mari, merata-rata, sekitar:
    1. Budak lelaki itu berlari ke sana ke mari. - The boy was running all around.
    2. Anjing itu telah mengejar saya ke sana ke mari. - The dog chased me all around.
    3. Siti merayau merata-rata. - Siti strayed all around.

Perkataan Bahasa Inggeris around sebagai preposition

Contoh penggunaan perkataan around sebagai preposition adalah around the bottom, around town, around my head, around a tree, around the house atau sebagainya. Maksud around sebagai preposition serta contoh-contoh ayat Bahasa Inggeris adalah:
  1. sekeliling:
    1. Ular itu telah membelit di sekeliling tangannya. - The snaked coiled itself around his arm.
    2. Umar berlari di sekeliling rumah. - Umar ran around the house.
    3. Kenapakah nyamuk ini berpusing di sekeliling kepala saya? - Why is this mosquito flying around my head?
  2. kawasan, bahagian:
    1. Dia dikelar di bahagian pinggang. - He was slashed around the waist.
    2. Kereta itu datang dari bahagian selekoh itu. - The car came from around the corner.
    3. Adakah awak dari kawasan bandar? - Are you from around town?

Perkataan Bahasa Inggeris around dalam idiom

  1. been around bermaksud berpengalaman:
    1. Saleha adalah seorang pelakon yang berpengalaman. - Saleha is an actress who has been around.

Sabtu, 17 Ogos 2013

Perkhidmatan kereta sewa di kawasan Kampung Buaya Gangsa

Terjemahan tajuk dalam Bahasa Inggeris: Car rental service at Kampung Buaya Gangsa area.


Perkataan Bahasa Inggeris service sebagai noun

Plural untuk perkataan services adalah services. Contoh penggunaan perkataan service sebagai noun adalah a service, the service, another service, some services, all services, this service atau sebagainya. Maksud service sebagai noun adalah:
  1. perkhidmatan:
    1. Puan Diana suda berada dalam perkhidmatan syarikat ini selama 15 tahun. - Puan Diana has been in the company's service for 15 years.
  2. dalam operasi:
    1. Adakah bas-bas lama itu masih dalam operasi? - Are the old buses still in service?
  3. bahagian:
    1. Anda boleh mendapatkan maklumat di bahagian diplomatik pejabat ini. - You can get the information in the diplomatic service office.
  4. angkatan tentera:
    1. Rosli menyertai angkatan tentera sejurus selepas kolej. - Rosli joined the service right after college.

Perkataan Bahasa Inggeris service sebagai adjective

Contoh penggunaan perkataan service sebagai adjective adalah service elevator, service road, service entrance, service guarantee, service area, service industry, service stairs, service center atau sebagainya. Maksud service sebagai adjective adalah:
  1. perkhidmatan:
    1. Sila gunakan tangga perkhidmatan jika berlaku kebakaran. - Please use the service stairs in case of fire.
  2. susur:
    1. Saya telah menggunakan jalan susur untuk datang ke sini. - I used the service road to come here.
  3. pusat:
    1. Adakah awak telah menghantar kereta awak untuk diperbaiki di pusat servis? - Did you send your car for repairs at the service centre?

Perkataan Bahasa Inggeris service sebagai verb

Sebagai verb, perkataan service adalah jenis regular verb yang mempunyai lima bentuk iaitu:
  1. to service - infinitive
  2. service - base
  3. serviced - past simple / past participle
  4. servicing - present participle
  5. services - present simple
Contoh penggunaan perkataan service sebagai verb adalah please service, he serviced, I am servicing, being serviced, she services, was serviced, has been serviced atau sebagainya. Maksud service sebagai verb adalah:
  1. menyelenggara:
    1. Juruteknik telah datang untuk menyelenggara penghawa dingin. - The technician has come to service the air-conditioner.
  2. membantu:
    1. Bolehkah saya membantu anda? - Can I be of service to you?
  3. membayar faedah atas:
    1. Sudah tiga bulan syarikat ini tidak dapat membayar faedah atas pinjaman-pinjamannya. - It has been three months the company has not been able to service its loans.

Perkataan-perkataan Bahasa Inggeris yang berkaitan dengan perkataan service

  1. mutu perkhidmatan - service quality
  2. penyedia perkhidmatan - service provider
  3. Perkhidmatan Awam - Public Service
  4. unit perkhidmatan - service unit
  5. cukai perkhidmatan - service tax
  6. kawasan khidmat - service area
  7. kabel perkhidmatan - service cabel
  8. paip ke meter - service pipe
  9. talian khidmat - service line
  10. buku panduan servis - service manual
  11. tukar servis (badminton, ping pong) - service over
  12. sesalur bekal - service main
  13. bungkusan perkhidmatan - service parcel

Jumaat, 16 Ogos 2013

Sejak dari dulu ku mencintaimu

Terjemahan tajuk dalam Bahasa Inggeris: Since long ago, I have loved you.


Perkataan Bahasa Inggeris since sebagai adverb

Contoh penggunaan perkataan since sebagai adverb adalah ever since, here since, has since, long since atau sebagainya. Maksud since sebagai adverb adalah:
  1. sejak:
    1. Saya telah mula bekerja pada 1989 dan telah menjadi seorang guru sejak itu. - I started work in 1989 and has been a teacher ever since.
    2. Jiran telah pergi dan tidak berada di sini sejak itu. - The neighbour went away and hasn't been here since.
  2. sejak kebelakangan:
    1. Dia pada mulanya terlupa, tetapi sejak kebelakangan ini teringat. - She at first forgotten, but has since remembered.
    2. Rozifah sejak kebelakangan ini telah berkahwin dan telah berpindah ke Sabah. - Rozifah has since married and moved to Sabah.
  3. sudah lama sejak kini:
    1. Doktor itu sudah lama sejak kini telah berhenti merokok. - The doctor has long since quit smoking.
    2. Saya sudah lama sejak kini melupai namanya. - I have long since forgotten his name.

Perkataan Bahasa Inggeris since sebagai preposition

Contoh penggunaan perkataan since sebagai preposition adalah since noon, since the war, since childhood atau sebagainya. Maksud since sebagai preposition adalah:
  1. sejak:
    1. Saya telah menunggu awak di sini sejak tengahari. - I waited for you here since noon.
    2. Saya tidak berjumpa dengan anak lelaki saya sejak peperangan itu. - I never saw my son since the war.
    3. Kami berkawan sejak zaman kanak-kanak. - We've been friends since childhood.

Perkataan Bahasa Inggeris since sebagai conjunction

Contoh penggunaan perkataan since sebagai conjunction adalah since we're here, since you came, since you already know, since he graduated atau sebagainya. Maksud since sebagai conjunction adalah:
  1. memandangkan, oleh kerana:
    1. Jom berpesta memandangkan kita semua berada di sini. - Let's have a party since we're all here.
    2. Memandangkan awak sudah mengetahui, ada baiknya awak memberitahu dia. - Since you already know, you might as well tell her.
    3. Memandangkan awak tidak berminat, saya tidak akan memberitahu awak mengenainya. - Since you're not interested, I won't tell you about it.
  2. sejak:
    1. Jururawat itu telah menjadi sibuk sejak dia datang. - The nurse has been busy since she came.
    2. Sejak awak menghantar SMS itu, saya belum membalasnya. - Since you sent me the SMS, I haven't replied it.
    3. Saya mencintai awak sejak kita mula bertemu. - I love you since we first met.

Khamis, 15 Ogos 2013

Kami juga membekal pekerja asing

Terjemahan tajuk dalam Bahasa Inggeris: We also provide foreign labour.


Perkataan Bahasa Inggeris provide sebagai verb

Sebagai verb, perkataan provide adalah jenis regular verb yang mempunyai lima bentuk iaitu:
  1. to provide - infinitive
  2. provide - base
  3. provided - past simple / past participle
  4. providing - present participle
  5. provides - present simple
Maksud provide sebagai verb adalah:
  1. menyara:
    1. اَلحَÙ…ْدُ Ù„ِÙ„َّÙ‡, saya masih dapat menyara keluarga walaupun saya miskin. - All praise be to الله, I still can provide for my family although I am poor.
  2. menyediakan: 
    1. Kerajaan telah menyediakan berbagai jenis kemudahan. - The government has provided many types of utilities.
  3. membenarkan:
    1. Peraturan ini membenarkan sedikit kelonggaran untuk kes seperti ini. - This regulation provides for some looseness in this type of case.
  4. bersedia:
    1. Kami sedang bersedia untuk menghadapi musim hujan berpanjangan yang dijangka. - We are providing against the expected long rainy season.
  5. memberi:
    1. Kejadian hari ini telah memberi wartawan itu dengan suatu kisah yang baik. - Today's incident provided the journalist with a good story.
  6. mensyaratkan:
    1. Kontrak ini tidak mensyaratkan bahawa semua bahan-bahan mestilah yang berkualiti tinggi. - This contract did not provide that all materials must be of the highest quality.
  7. menyusui:
    1. Semua mamalia menyusui anaknya. - All mammals provide their young.
  8. membekal:
    1. Unit askar itu telah dibekali dengan senjata melalui penggunaan helikopter. - The army unit was provided with arms by the use of a helicopter.
  9. membiayai:
    1. Saya membiayai diri saya untuk belajar di kolej. - I provide myself to study in college.
  10. melapisi:
    1. Awak mesti melapisi badan kereta itu dengan cat tahan karat dulu. - You must provide the body of the car with anti-rust paint first.
  11. menawarkan:
    1. Universiti ini menawarkan berbagai bidang kursus. - This university provides various types of courses.

Perkataan-perkataan Bahasa Inggeris yang berkaitan dengan perkataan provide

  1. provider (noun) bermaksud:
    1. pembekal:
      1. Kami adalah pembekal utama tempat perlindungan itu. - We are the main provider of that shelter.
    2. pencari nafkah:
      1. Selepas kematian ayah, sayalah pencari nafkah keluarga. - After father's death, I am the family's provider.
    3. pemberi:
      1. Pihak sekolah tidak boleh sentiasa menjadi pemberi bantuan kepada murid-murid yang miskin. - The school cannot always be the provider of aid to the poor students.

Rabu, 14 Ogos 2013

Walaupun lidah ku berkata tidak, hati ku berkata ya

Terjemahan tajuk dalam Bahasa Inggeris: Although my tongue said no, my heart said yes.


Perkataan Bahasa Inggeris yes sebagai adverb

Contoh penggunaan perkataan yes sebagai adverb dalam Bahasa Inggeris adalah yes, I do atau yes, I will atau yes, can I atau sebagainya. Maksud yes sebagai adverb adalah:
  1. ya:
    1. Mahukah awak sedikit kopi? Ya, saya mahu. -  Would you like some coffee? Yes, I would.
    2. Jangan melakukannya! Oh ya, saya akan! - Don't do that! Oh yes, I will!
    3. "Ya, bolehkah saya membantu anda?" dia berkata sambil membuka pintu. - "Yes, can I help you?" he said as he opened the door.
    4. Itu persembahan yang bagus! Ya, kan? - That was a good performance! Yes?

Perkataan Bahasa Inggeris yes sebagai noun

Sebagai noun, plural untuk perkataan yes adalah yeses. Contoh penggunaan perkataan yes sebagai noun adalah a yes, two yeses, more yeses, atau sebagainya. Maksud yes sebagai noun adalah:
  1. ya:
    1. Adakah itu suatu ya? - Is that a yes?
    2. Anda telah mendapat tiga ya. - You've got three yeses.
    3. Adakah lagi ya? - Are there any more yeses?

Perkataan Bahasa Inggeris yes sebagai interjection (kata seru)

Sebagai interjection, perkataan yes menggambarkan kegembiraan, persetujuan atau kepuasaan, seperti berikut:
  1. Ya, saya telah melakukannya! - Yes, I did it!
  2. Ya, kami menang! - Yes, we won!
  3. Ya, itulah cara sepatutnya ia dilakukan! - Yes, that's how it's done!

Perkataan Bahasa Inggeris yes sebagai verb

Sebagai verb, perkataan yes adalah jenis regular verb yang mempunyai lima bentuk iaitu:
  1. to yes - infinitive
  2. yes - base
  3. yessed - past simple / past participle
  4. yessing - present participle
  5. yeses - present simple
Perhatikan bahawa ejaan yeses hanya ada satu -s di tengah, bukan dua -ss.
Maksud yes sebagai verb adalah:
  1. mengeyakan:
    1. Adakah wakil Perancis mengeyakan veto itu? - Did France representative yes the veto?
    2. Bolehkah awak berhenti mengeyakan tiap-tiap ayat penyampai itu berkata? - Will you stop yessing every sentence the presenter says?
    3. Paula Abdul mengeyakan persembahan itu tetapi Simon Cowell tidak mengeyakannya. - Paula Abdul yessed the performance but Simon Cowell didn't yes it.

Selasa, 13 Ogos 2013

Mengapakah kau jauh dari cinta sebagaimana kau jauh dari ku?

Terjemahan tajuk dalam Bahasa Inggeris: Why are you far from love as you are far from me?

Perkataan Bahasa Inggeris far sebagai adverb

Sebagai adverb, perkataan far mempunyai tiga bentuk iaitu:
  1. far - jauh
  2. farther atau further - lebih jauh
  3. farthest atau furthest - paling jauh
Contoh penggunaan perkataan far sebagai adverb adalah far from, further from, how far, how furthest, far better, go far atau sebagainya. Maksud far sebagai adverb dalam Bahasa Inggeris adalah:
  1. jauh: 
    1. Eloklah tu kak, kini kakak berada jauh dari suami kakak. - That's good kak, now kakak is far from kakak's husband.
    2. Berada jauh dari cinta boleh melemahkan keyakinan diri seseorang. - To be far from love can weaken a person's self-confidence.
    3. Siti telah berjalan lebih jauh daripada saya. - Siti walked further than me.
    4. Kucing kami telah merayau paling jauh dari sini. - Our cat strayed furthest from here.
  2. jauh lebih:
    1. Nenek kata telefon pintar Samsung adalah jauh lebih baik daripada telefon pintar Blackberry. - Grandma said Samsung smartphones are far better than Blackberry smartphones.
    2. Adakah awak fikir yang awak adalah jauh lebih baik daripada saya dalam tenis? - Do you think that you are far better than me in tennis?
    3. Saya memerlukan jauh lebih masa. - I need far more time.

Perkataan Bahasa Inggeris far sebagai adjective

Sebagaimana adverb, perkataan far sebagai adjective juga mempunyai tiga bentuk iaitu:
  1. far - jauh
  2. farther atau further - lebih jauh
  3. farthest atau furthest - paling jauh
Contoh penggunaan perkataan far sebagai adjective adalah far side, further right, far country, farthest country, far past, far vision, far corner atau sebagainya. Maksud far sebagai adjective adalah:
  1. jauh:
    1. Tangga terletak jauh di sebelah rumah. - The ladder is on the far side of the house.
    2. Sila berdiri di sebelah jauh kanan saya. - Please stand on the further right of me.
    3. Siberia adalah negara yang paling jauh kita boleh pergi melawat. - Siberia is the farthest country that we can visit.

Isnin, 12 Ogos 2013

Jenis sakit kepala yang berbahaya

Terjemahan tajuk dalam Bahasa Inggeris: Types of dangerous headaches.



Perkataan Bahasa Inggeris head sebagai noun

Plural untuk perkataan head adalah heads. Contoh penggunaan head sebagai noun adalah a head, the head, that head, our heads, on my head, good head, atau sebagainya. Maksud head sebagai noun adalah:
  1. kepala: 
    1. Harga katering itu adalah RM10 satu kepala. - The catering price is RM10 a head.
    2. Seekor burung hantu boleh memusingkan kepalanya hampir satu pusingan penuh. - An owl can turn its head almost a full turn.
  2. kepintaran, pemahaman, kawalan:
    1. Adik perempuan saya mempunyai kepintaran dalam matematik. - My sister has a good head for mathematics.
    2. Azlan sentiasa mengawal dirinya dalam kecemasan. - Azlan always keeps a cool head in an emergency.
  3. ketua: 
    1. Encik Aziz adalah Ketua Koporasi itu. - Encik Aziz is the Head of the Corporation.
    2. Bolehkah saya bercakap dengan ketua bahagian? - May I speak to the head of department?

Perkataan Bahasa Inggeris head sebagai adjective

Contoh penggunaan perkataan head sebagai adjective adalah headache, headphone, head covering, head librarian, head official, atau sebagainya. Maksud head sebagai adjective adalah:
  1. kepala:
    1. Saya suka menggunakan fon kepala untuk mendengar muzik. - I like to use headphones to listen to music.
    2. Saya sedang mengalami sakit kepala. - I am having a headache.
  2. ketua:
    1. Puan Sarimah adalah ketua perpustakaan. - Puan Sarimah is the head librarian.
    2. Ketua pegawai akan tiba ke dewan sebentar lagi. - The head official will soon arrive at the hall.

Perkataan Bahasa Inggeris head sebagai verb

Sebagai verb, perkataan head adalah jenis regular verb yang mempunyai lima bentuk iaitu:
  1. to head - infinitive
  2. head - base
  3. headed - past simple / past participle
  4. heading - present participle
  5. heads present simple
Maksud head sebagai verb dalam Bahasa Inggeris adalah:
  1. mengetuai: 
    1. Saya mengetuai jawatankuasa itu. - I head the committee.
    2. Kumpulan pemberontak diketuai oleh Chief Murdock. - The rebel group is headed by Chief Murdock.
    3. Adakah awak akan mengetuai pasukan ini? - Will you be heading this team?
  2. mendahului:
    1. Ahmad sedang mendahului perlumbaan itu. - Ahmad is heading the race.
    2. Siti mendahului ujian itu dengan markah 99%. - Siti headed the examination with 99% marks.
  3. menuju:
    1. Kami sedang menuju ke lapangan terbang. - We are heading to the airport.
    2. Mari menuju ke pantai. - Let's head to the beach.
  4. menghalakan:
    1. Adakah awak sedang menghalakan saya ke arah yang betul? - Are you heading me in the right direction?
    2. Maaf, tetapi saya telah menghalakan awak ke arah yang salah. - Sorry, but I headed you the wrong way.

Rabu, 7 Ogos 2013

Sedikit demi sedikit, lama-lama menjadi bukit

Terjemahan tajuk dalam Bahasa Inggeris: Little by little, in time becomes a hill.


Perkataan Bahasa Inggeris little sebagai adjective

Sebagai adjective, perkataan little mempunyai tiga bentuk iaitu:
  1. little - sedikit
  2. littler, less atau lesser - lebih sedikit
  3. littlest atau least - paling sedikit
Contoh penggunaan perkataan little sebagai adjective adalah little brother, little time, lesser time, little money, least money, littlest kitten, little while, little hope, atau sebagainya. Maksud little sebagai adjective adalah:
  1. kecil: 
    1. Adik lelaki paling kecil saya adalah Ahmad. - My littlest brother is Ahmad.
  2. sedikit: 
    1. Saya ada hanya sedikit wang. - I only have little money.
  3. kurang: 
    1. Awak ada kurang masa daripada dia untuk menghabiskan permainan ini. - You have lesser time than him to finish this game.
  4. tipis: 
    1. Doktor telah berkata bahawa pesakit itu mempunyai harapan tipis untuk hidup. - The doctor said the patient has little hope to live.

Perkataan Bahasa Inggeris little sebagai adverb

Sebagai adverb, perkataan little mempunyai tiga bentuk iaitu:
  1. little - sedikit
  2. less atau lesser - lebih sedikit
  3. least - paling sedikit
Contoh penggunaan perkataan little sebagai adverb adalah walking little, walk lesser, little expected, least expected, little know, know less, little better, very little, atau sebagainya. Maksud little sebagai adverb adalah:
  1. kurang: 
    1. Kini pada umur 69 tahun, Pak Din kurang berjalan daripada dulu. - Now at 69 years old, Pak Din walks lesser than before.
    2. Saya mengetahui kurang daripada dia. - I know less than him.
  2. hampir tidak: 
    1. Saya hampir tidak menyangka bahawa Datuk Bandar akan datang. - I least expected the Mayor would come. 
  3. tidak mengetahui: 
    1. Dia tidak mengetahui apa yang mungkin boleh berlaku. - He little knows what might happen.
  4. sedikit: 
    1. Saya mengetahui amat sedikit mengenai Pengurus Pentabiran yang baru itu. - I know very little about the new Administration Manager.
    2. Mat adalah hanya sedikit lebih baik daripada saya dalam badminton. - Mat is just a little better than me in badminton.

Perkataan Bahasa Inggeris little sebagai noun

Contoh penggunaan perkataan little sebagai noun adalah a little, did little, know little, atau sebagainya. Maksud little sebagai noun dalam Bahasa Inggeris adalah:
  1. sedikit, hanya sedikit:
    1. Mmm, ais krim; bolehkah saya rasa sedikit? - Mmm, ice cream; can I taste a little?
    2. Hussin melakukan hanya sedikit untuk menolong saya. - Hussin did little to help me.
    3. Saya tahu hanya sedikit mengenainya. - I know only a little about her.
  2. sebentar:
    1. Kami telah menunggu sebentar. - We waited a little.

Selasa, 6 Ogos 2013

Kedua-dua mata buta akibat peluru sesat

Terjemahan tajuk dalam Bahasa Inggeris: Both eyes blind resulted from stray bullet.


Perkataan Bahasa Inggeris both sebagai adverb

Contoh penggunaan perkataan both sebagai adverb adalah both..arrived, locked both, both..are broken, sent both, atau sebagainya. Maksud both sebagai adverb dalam Bahasa Inggeris adalah:
  1. kedua-dua:
    1. Kedua-dua tetamu tiba awal. - Both guests arrived early. 
    2. Saya telah mengunci kedua-dua pintu itu. - I locked both the doors. 
    3. Kedua-dua tangannya patah. - Both her arms are broken
    4. Saya telah menghantar kedua-dua surat itu. - I sent both the letters. 

Perkataan Bahasa Inggeris both sebagai pronoun

Contoh penggunaan perkataan both sebagai pronoun adalah both students, both are students, both of us, both of them, atau sebagainya. Maksud both sebagai pronoun adalah:
  1. kedua-kedua:
    1. Kedua-dua murid datang lewat. - Both students came late.
    2. Kedua-duanya adalah murid sekolah ini. - Both are students of this school.
    3. Kedua-dua kami ternampak hantu pocong. - Both of us saw hantu pocong. 
    4. Sila panggil kedua-dua mereka. - Please call both of them.

Perkataan Bahasa Inggeris both sebagai conjunction

Sebagai conjunction, perkataan both digunakan bersama perkataan and contohnya both Siti and Nur, both ready and willing, both men and women, atau sebagainya. Maksud both sebagai conjunction adalah:
  1. kedua-dua:
    1. Kedua-dua Siti dan Nur sukakan coklat. - Both Siti and Nur likes chocolate.
    2. Kami berdua sudah bersedia dan sanggup menolong. - We are both ready and willing to help.
    3. Kedua-dua lelaki dan perempuan telah menghadiri acara itu. - Both men and women attended the event.

Ahad, 4 Ogos 2013

Cuti Raya lebih panjang

Terjemahan tajuk dalam Bahasa Inggeris: Longer Raya holidays.


Perkataan Bahasa Inggeris long sebagai adjective

Sebagai adjective, perkataan long mempunyai tiga bentuk iaitu:
  1. long - panjang
  2. longer - lebih panjang
  3. longest - paling panjang
Contoh penggunaan perkataan long sebagai adjective adalah long distance, longer distance, the distance is long, long handle, longest handle, that handle is long, three kilometers long, two hours long, atau sebagainya. Maksud long sebagai adjective adalah:
  1. jauh:
    1. Jarak ke rumah saya agak jauh. - The distance to my house is quite long.
    2. Jarak ke rumah Aminah adalah lebih jauh. - The distance to Aminah's house is even longer.
    3. Saya suka acara lompat jauh. - I like the long jump event.
  2. panjang:
    1. Adakah awak papan yang lebih panjang? - Do you have a longer wood?
    2. Ini adalah papan yang paling panjang saya ada. - This is the longest wood I have.
    3. Itu adalah suatu perbualan yang agak panjang. - That is quite a long conversation.
    4. Jalanraya itu adalah tiga kilometer panjang. - That road is three kilometers long.

Perkataan Bahasa Inggeris long sebagai adverb

Sebagai adverb, perkataan long mempunyai tiga bentuk iaitu:
  1. long - lama
  2. longer - lebih lama
  3. longest - paling lama
Contoh penggunaan perkataan long sebagai adverb adalah how long, long before, long after, all night long, atau sebagainya. Maksud long sebagai adverb dalam Bahasa Inggeris adalah:
  1. lama:
    1. Berapa lamakah ayah akan berada di sini? - How long will dad be here?
    2. Saya telah berada di sini jauh lebih lama daripada awak. - I was here long before you.
    3. Ahmad telah berada di sini lebih lama daripada saya. - Ahmad was here longer than me.
    4. Siti telah berada di sini paling lama. - Siti has been here the longest.
    5. Saya telah melawat negara ini lama selepas peperangan. - I visited this country long after the war.
    6. Jom berpesta seluruh malam. - Let's party all night long.

Perkataan Bahasa Inggeris long dalam idiom

  1. as long as - selagi
    1. Saya akan mencintai awak selagi saya hidup. - I will love you as long as I live.
  2. any longer - lama lagi
    1. Saya tidak dapat menunggu awak lama lagi. - I can't wait for you any longer.
  3. long ago - sudah lama dulu
    1. Saya telah membaca buku ini sudah lama dulu. - I read this book long ago.
  4. no longer - sudah tidak
    1. Datuk sudah tidak merokok lagi. - Grandpa no longer smokes.
  5. before long - tidak lama lagi
    1. Kami akan tiba tidak lama lagi. - We will arrive before long.