Selasa, 16 September 2014

Cara bertanyakan AWAK TAK KISAH KE dalam Bahasa Inggeris

Sedang anda keluar dari pintu rumah anda, tiba-tiba anda ternampak jiran sedang mengambil tangga anda. Tersenyum lebar, jiran anda berkata, "Awak tak kisah ke saya pinjam tangga awak?" Sambil membalas senyumannya anda menjawab, "Oh, saya tak kisah, ambil lah."

Untuk menterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris ayat "Awak tak kisah ke saya pinjam tangga awak?", anda boleh menggunakan idiom do you mind yang memberi maksud awak tak kisah ke. Oleh itu, ayat di atas akan berbunyi, "Do you mind if I borrow your ladder?" Seterusnya, terjemahan ke dalam Bahasa Inggeris jawapan "Oh, saya tak kisah, ambil lah." adalah, "Oh, I don't mind, take it."

Lihat contoh-contoh penggunaan idiom do you mind di bawah. Perhatikan bahawa idiom do you mind boleh berada di pangkal atau hujung ayat. Beri tumpuan juga kepada jawapan yang diberi:
  1. Soalan: Do you mind if I use your pen? (Awak tak kisah ke jika saya guna pen awak?)
    Jawapan: No, I don't mind. (Tidak, saya tak kisah.)
  2. Soalan: Do you mind if I smoke? (Awak tak kisah ke jika saya merokok?)
    Jawapan: Yes, I do mind. (Ya, saya kisah.)
  3. Soalan: I am leaving now, do you mind? (Saya nak pergi sekarang, awak tak kisah ke?)
    Jawapan: I don't mind. (Saya tak kisah.)
  4. Soalan: Do you mind if I use your car? (Awak tak kisah ke jika saya guna kereta awak?)
    Jawapan: I do mind. (Saya kisah.)
  5. Soalan: I am turning on the fan, do you mind? (Saya akan memasang kipas, awak tak kisah ke?)
    Jawapan: No. (Tidak.) - memberi maksud Saya tak kisah.
  6. Soalan: Do you mind if I call you honey? (Awak tak kisah ke jika saya panggil awak sayang?)
    Jawapan: Yes. (Ya.) - memberi maksud Saya kisah.
Frasa do you mind boleh juga digantikan dengan I hope you don't mind yang memberi maksud Saya harap awak tak kisah:
  1. I hope you don't mind if I use your bathroom. (Saya harap awak tak kisah jika saya guna bilik mandi awak.)
  2. I hope you don't mind if I borrow your printer. (Saya harap awak tak kisah jika saya pinjam pencetak awak.)
  3. I ate your mee hoon just now, I hope you don't mind. (Saya telah makan mee hoon awak sebentar tadi, saya harap awak tak kisah.)
  4. I want to sit beside you, I hope you don't mind. (Saya nak duduk di sebelah awak, saya harap awak tak kisah.)
Idiom do you mind (atau I hope you don't mind) sering digunakan dalam perbualan seharian di negara-negara Barat. Ada baiknya jika anda berlatih menggunakannya. Apa pun, Teacher Zack ada hal dan perlu keluar sekarang, "I hope you don't mind."