Ahad, 25 November 2012

Cara penggunaan perkataan Inggeris Eat

Eat moderately for a healthy life. Makanlah secara sederhana untuk kehidupan yang sihat. Eat adalah perkataan Inggeris jenis verb yang memberi maksud makan. Walaupun ramai yang sudah mengetahui mengenai perkataan eat tetapi pengunaannya di dalam ayat tidaklah sebegitu mudah yang disangka. Perkataan eat mempunyai 6 bentuk iaitu to eat, eat, ate, eaten, eating dan eats.

to eat
  1. To eat memberi maksud memakan: Oh my, that monster wants to eat Teacher Zack! Adoi, raksasa itu hendak memakan Teacher Zack!
  2. To eat boleh juga memberi maksud untuk makan: The peasant came to this haven to eat. Petani itu datang ke tempat perlindungan ini untuk makan.
eat
  1. Eat memberi maksud makan: Fast, don't eat! Berpuasalah, jangan makan!
  2. Eat boleh juga bermaksud makanlah: Eat while the food is still warm. Makanlah selagi makanan itu masih panas.
ate
  1. Perkataan Inggeris ate memberi maksud telah memakan: That creature ate Teacher Zack! Makhluk itu telah memakan Teacher Zack! (Ini raksasa yang disebut di atas tadi kot).
eaten
  1. eaten memberi maksud sudah memakan: That beast had eaten Teacher Zack. Binatang besar itu sudah memakan Teacher Zack. (Maka kenyanglah raksasa tu).
  2. eaten boleh juga memberi maksud telah dimakan: That small reptile was eaten by the crocodile. Reptilia kecil itu telah dimakan oleh buaya itu.
Apakah perbezaan diantara ate dan eaten? Perkataan ate menggambar perbuatan makan yang dilakukan dimasa lampau manakala perkataan eaten menggambarkan perbuatan makan yang baru habis dilakukan. Perhatikan bahawa perkataan eaten hendaklah digunakan bersama auxiliary verb iaitu had, was, have, has atau sebagainya. Keterangan terperinci mengenai cara penggunaan auxiliary verb terdapat di dalam ebook Verb dan Tense Teacher Zack.

eating
  1. eating memberi maksud sedang makan: The President of America is eating at Uncle Zack's Fish Restaurant. Presiden Amerika sedang makan di Restoran Ikan Uncle Zack.
  2. eating boleh juga memberi maksud memakan: Eating meat is something that the Signalman hates. Memakan daging adalah sesuatu yang Jurusemboyan itu benci.
  3. eating juga bermaksud makan: Do not lean while eating. Jangan bersandar sambil makan.
eats
Perkataan Inggeris eats hanya digunakan untuk pihak ketiga tunggal iaitu he dia, she dia dan it ia.
  1. eats memberi maksud memakan: The python slowly eats its prey. Ular sawa itu dengan perlahan memakan mangsanya.
  2. eats juga memberi maksud makan: Is that how a mosquito eats? Itukah cara seekor nyamuk makan?
Maka berakhirlah cerita Teacher Zack pasal perkataan eat. Walau bagaimana pun di atas adalah cerita mengenai perkataan eat sebagai verb. Perkataan eat boleh juga menjadi adjective iaitu eatable:
  1. eatable memberi maksud boleh dimakan: This watermelon is bad and is not eatable. Tembikai ini sudah busuk dan tidak boleh dimakan.
Terdapat juga phrasal verb yang mengandungi perkataan eat iaitu eat up yang memberi maksud mempercayai tanpa soal:
  1. The investor will eat up whatever the broker tells him. Pelabur itu akan mempercayai apa saja orang tengah itu kata.
Perkatan eat terdapat juga di dalam idiom eat (your) words yang memberi maksud membuat pengakuan:
  1. The Minister was forced to eat his words after it was proven that what he said wasn't true. Menteri itu terpaksa membuat pengakuan setelah terbukti bahawa apa yang dia telah berkata tidak benar.