Isnin, 19 November 2012

To go, Go, Went, Gone, Going, Goes

Don't go near the fire! Jangan pergi mendekati api itu! Go adalah perkataan jenis verb yang mempunyai 6 bentuk iaitu to go, go, went, gone, going, goes.

To go memberi maksud untuk pergi dan sering digunakan untuk future tense kala kelak.
  • The Accounts Clerks are required to go for training tomorrow. Kerani-kerani Akaun dikehendaki untuk pergi latihan pada esok hari.
  • You don't need to go to the meeting, I'll go. Awak tidak perlu pergi ke mesyuarat itu, saya akan pergi.
Go memberi maksud pergi dan sering digunakan untuk future tense kala kelak.
  • Could you please go to the pantry and get me coffee? Bolehkah awak pergi ke pantri dan dapatkan saya kopi?
  • Please don't go into the manhole, it's dangerous. Harap jangan masuk ke dalam lurang itu, ia adalah merbahaya.
Went memberi maksud pergi atau telah pergi dan sering digunakan untuk past tense kala lampau.
  • I went to the movies with my old friends. Saya telah pergi menonton wayang bersama-sama kawan-kawan lama saya.
  • The Office Cleaner went home early yesterday. Pencuci Pejabat pulang ke rumah cepat semalam.
Gone memberi maksud telah habis pergi atau sudah pun pergi. Gone sering digunakan untuk past tense kala lampau.
  • Sorry, they have gone to the exhibition already. Maaf, mereka sudah pun pergi ke pameran itu.
  • Has our saleman gone to see the customer? Sudahkah jurujual kita pergi berjumpa pelanggan itu? 
Going memberi maksud akan atau akan pergi. Going sering digunakan untuk future tense kala kelak.
  • The terrorist is going to kill his hostages. Pengganas itu akan membunuh tebusan-tebusannya. 
  • Father will be going to work soon. Ayah akan pergi kerja sebentar lagi.
Goes memberi maksud pergi atau adalah. Goes digunakan hanya untuk pihak ketiga iaitu he dia, she dia, it ia. Goes sering digunakan untuk present tense kala kini.
  • The suspected murderer goes to the museum every night. Pembunuh yang disyaki itu pergi ke muzium setiap malam. 
  • My money is up to me, it goes for rent and food only. Duit saya adalah terpulang kepada diri saya, ia adalah untuk sewa dan makanan sahaja.
Untuk keterangan lanjut mengenai bentuk verb serta penggunaannya di dalam tense sila dapatkan ebook Verb dan Tense karya Teacher Zack.