Selasa, 13 November 2012

Urgent, Urgently Dan Urgency

Oleh kerana perkataan URGENT sering digunakan di tempat kerja maka jom kita bincang sedikit mengenai perkataan urgent ini. Perkataan urgent adalah perkataan jenis adjective, iaitu kata sifat, yang memberi maksud segera. Lihat contoh ayat-ayat di bawah.
  • This is an urgent matter! Ini adalah urusan segera!
  • Urgent problems should get attention first. Masalah segera perlu mendapat perhatian dahulu.
Perkataan urgent boleh berubah bentuk menjadi urgently. Perkataan urgently adalah jenis adverb, iaitu kata keterangan, yang memberi maksud dengan segera. Lihat contoh ayat-ayat di bawah.
  • I need that letter urgently. Saya memerlukan surat itu dengan segera.
  • Attend to the customers urgently. Beri layanan kepada pelanggan dengan segera.
Terdapat satu lagi bentuk perkataan urgent iaitu urgency. Perkataan urgency adalah jenis noun, iaitu kata nama, yang memberi maksud kesegeraan. Harap maklum bahawa perkataan urgency adalah untuk kegunaan singular, iaitu tunggal. Untuk kegunaan plural, atau majmuk, huruf y perlu digantikan dengan huruf-huruf ies, menjadikannya urgencies. Lihat contoh ayat-ayat di bawah.
  • He does not understand the urgency of the matter. Dia tidak faham kesegeraan hal itu.
  • They are here to help because of the urgencies of these telephone calls. Mereka berada di sini untuk menolong disebabkan oleh kesegeraan panggilan-panggilan telefon ini.
Sekian, tapi Teacher Zack nak nasihat sedikit. Janganlah semua urusan dijadikan urgent ye. Bersabor ler.