Selasa, 25 Oktober 2011

Eat

Selamat pagi pelajar-pelajar semua. Apa khabar hari ni? Sihat? Dibelakang tu kata apa tadi? Nak pergi tandas? Maaf lah ye. Dalam kelas Teacher Zack pelajar tidak dibenarkan pergi tandas. Kena tunggu hingga kelas habis baru boleh pergi tandas. Nasib lah ye.

Maksud Dan Penggunaan Perkataan Bahasa Inggeris eat
Baiklah, hari ni Teacher Zack nak mengajar mengenai perkataan eat. Orang Melayu kata eat maknanya makan. Orang Cina kata sek fan. Di dalam Bahasa Arab eat maknanya akala. Sesiapa yang tahu maksud eat dalam bahasa lain maka ajarkanlah kepada orang lain ye. Kalau tak tahu tak mengapa, buka mulut besar-besar maka orang tahulah nak makan tu.

Sabtu, 22 Oktober 2011

Be

Maksud Dan Penggunaan Perkataan Be
Tahukah anda bahawa perkataan was adalah sebenarnya perkataan be? Tahukah anda bahawa perkataan am, is dan are adalah juga sebenarnya perkataan be? Tak tahu? Itulah, mesti ada yang ponteng kelas ni. Tak apa, hari ni Teacher Zack nak terangkan sedikit mengenai perkataan be.

(Sejak bila pula ada Teacher Zack di InfoInggeris ni. Tak apalah biarkan Teacher Zack syok sendiri.)

Lihat fakta-fakta berikut:
  • Be adalah antara perkataan yang paling sering digunakan di dalam Bahasa Inggeris (bukan Bahasa Jepun ye).

  • Be adalah antara perkataan yang paling mengelirukan di dalam Bahasa Inggeris (ini pendapat Teacher Zack je).

  • Be boleh digunakan sebagai main verb dan juga auxiliary verb (sebab itulah Teacher Zack suruh dapatkan ebook InfoInggeris agar anda dapat memahami perbezaan antara main verb dan auxiliary verb).

  • Be adalah antara perkataan Bahasa Inggeris yang mempunyai paling banyak bentuk iaitu sebanyak 9 bentuk - to be, be, was, were, been, being, am, is, are.

Khamis, 20 Oktober 2011

Sing

Maksud Dan Penggunaan Perkataan Sing
Anda boleh guna perkataan sing sebagai verb atau noun. Sing juga terdapat di dalam phrasal verb.

Bentuk Perkataan Sing

Salah satu perkataan yang popular untuk mempelajari bentuk verb di dalam Bahasa Inggeris adalah perkataan sing. Saya masih ingat semasa di sekolah dahulu cikgu suruh kami menghafal bentuk perkataan sing iaitu to sing, sing, sang, sung, singing dan sings secara berirama. Siapa yang tak hafal kena berdiri di atas kerusi membacanya sehingga hafal, nasib le...

Saya menyangka penghafalan bentuk verb cara berirama cuma dilakukan di Malaysia pada masa dahulu sahaja, rupa-rupanya di negara-negara barat pun begitu juga sehingga dimasa kini. Cuma saya tak pasti jika murid-murid yang tak hafal tu kena berdiri di atas kerusi atau tidak, hehe...

Rabu, 19 Oktober 2011

Walk

Maksud Dan Penggunaan Perkataan Walk
Perkataan walk boleh digunakan sebagai verb atau noun. Walk juga terdapat di dalam beberapa phrasal verb dan idiom.

Bentuk Verb Perkataan Walk

Berikut adalah bentuk verb (verb form) untuk perkataan walk yang perlu dihafal.

  • infinitive - to walk untuk berjalan

  • base (root) - walk berjalan

  • past simple - walked telah berjalan

  • past participle - walked telah habis berjalan

  • present participle - walking sedang berjalan

  • present simple - walks berjalan

Harap tidak terkeliru diantara bentuk verb dan tense. Keterangan terperinci mengenai bentuk verb dan tense boleh didapati di dalam ebook Verb dan Tense InfoInggeris.

Selasa, 18 Oktober 2011

Phrasal Verb

Phrasal verb adalah frasa yang mengandungi verb dan adverb atau preposition seperti berikut:
  1. turn down = verb + adverb

  2. look after = verb + preposition

  3. run out of = verb + adverb + preposition

    Phrasal verb bersifat idiom (idiomatic) iaitu maksud frasanya adalah berlainan dari maksud perkataan-perkataan individu yang terdapat di dalamnya.

    Sebagai contoh, frasa look after memberi maksud lihat selepas tetapi sebagai phrasal verb ia memberi maksud menjaga.

    Begitu juga frasa run out of yang memberi maksud lari keluar dari tetapi sebagai phrasal verb ia memberi maksud kehabisan.

    Isnin, 17 Oktober 2011

    Will

    Maksud Dan Penggunaan Perkataan Will
    Perkataan will boleh digunakan sebagai verb kata kerja atau pun noun kata nama.

    Will Sebagai Verb
    Apabila will digunakan sebagai verb di dalam ayat, will akan sentiasa mengiringi verb yang lain. Di dalam contoh-contoh di bawah will ditunjukkan dengan huruf condong manakala verb yang lain ditunjukkan dengan huruf tebal:
    • I will walk. Saya akan berjalan.

    • Will you come? Adakah awak akan datang?

    • It will happen. Ia akan berlaku
      .
    • It will not work! Ia tidak akan berhasil!

    Jumaat, 14 Oktober 2011

    Idiom (simpulan bahasa Bahasa Inggeris)

    "Wah, tahniah kerana anda sudah mendapat cahaya mata." Jika difikirkan, ayat ini tidak masuk akal. Apakah yang dimaksudkan dengan cahaya mata? Oh ye, cahaya mata adalah simpulan bahasa yang memberi maksud anak, kan? Oleh itu maksud sebenar ayat di atas adalah, "Wah, tahniah kerana anda sudah mendapat anak." Barulah ayat ini masuk akal, kan? Dalam Bahasa Melayu, frasa cahaya mata dipanggil simpulan bahasa. Dalam Bahasa Inggeris pun ada simpulan bahasa dan ia dipanggil idiom.

    Apakah dia Idiom?
    Idiom adalah sekumpulan perkataan (atau frasa) yang apabila digunakan memberi maksud yang berlainan dari maksud perkataan-perkataan individu yang terdapat di dalam frasa itu. Sebagai contoh, frasa over the moon jika ditafsir berdasarkan perkataan-perkataan yang terdapat dalam frasa itu memberi maksud di atas bulan. Walau bagaimanapun, jika ditafsirkan sebagai idiom (simpulan bahasa Bahasa Inggeris) memberi maksud terlalu gembira.

    Idiom hendaklah dihafal seolah-olah ia adalah satu perkataan yang bergabung dan ia mempunyai maksudnya yang tersendiri. Sebagaimana simpulan bahasa adalah penting dalam Bahasa Melayu, begitulah juga idiom dalam Bahasa Inggeris kerana ia sering diguna dalam perbualan seharian. Terdapat beratus idiom dalam Bahasa Inggeris. Marilah kita lihat beberapa contoh di sini. Insyaallah, kita akan belajar selainnya kemudian ye.

    Contoh-contoh Idiom

    around the clock - Memberi maksud sesuatu yang berlaku siang dan malam tidak henti-henti:
    • 7-Eleven opens around the clock. 7-Eleven buka tanpa henti (iaitu 24 jam).
    • I have to submit my report by tomorrow morning, so I'll be working around the clock until my report is finished. Saya terpaksa hantar lapuran saya pada pagi esok, maka saya akan bekerja tidak henti-henti sehingga lapuran saya siap.
    • The police always patrol around the clock. Pihak polis sentiasa meronda tanpa henti.
    make up your mind - Memberi maksud membuat keputusan. Boleh juga guna make up my mind, make up his mind, make up our minds dan sebagainya.
    • Can you please make up your mind in choosing between these blue, red and white dresses? Bolehkah awak membuat keputusan dalam memilih antara pakaian biru, merah dan putih ini?
    • Quickly, make up your mind, will you? Cepatlah buat keputusan, boleh ke?
    • Its getting late, is he going to make up his mind or what! Dah lambat ni, adakah dia akan membuat keputusan atau tidak!
    take a break - Memberi maksud berehat sebentar contohnya apabila sedang membuat sesuatu kerja atau sedang bersukan.
    • We have worked for 3 hours non-stop, let's take a break. Kita sudah bekerja selama 3 jam tanpa henti, jom berehat sebentar.
    • Do you drink coffee when you take a break? Adakah awak meminum kopi apabila awak berehat sebentar?
    • I would love to take a break but I've got too much work to do! Saya ingin sangat berehat sebentar tetapi saya ada terlalu banyak kerja yang perlu dibuat!

    Can

    Maksud Dan Penggunaan Perkataan Can

    Kemampuan, kesanggupan atau kebolehan:

    • I can do this. Saya sanggup melakukan ini.

    • Can you walk a mile without resting? Mampukah awak berjalan sejauh sebatu tanpa berehat?

    • Puan Hasnah can teach English. Puan Hasnah berkebolehan mengajar Bahasa Inggeris.

    • I don't think they can win. Saya rasa mereka tidak mampu menang.

    • Can Ahmad drive?  Bolehkah Ahmad memandu?

    Khamis, 13 Oktober 2011

    Please

    Maksud Dan Penggunaan Perkataan Please

    Menyenangkan atau mententeramkan:
    • These colours please the senses. Warna-warna ini menyenangkan deria-deria.

    • Does this music please you? Adakah muzik ini mententeramkan anda?

    • It pleases me that you are now married. Ia menyenangkan saya yang awak sudah berumah-tangga.

    Jumaat, 2 September 2011

    Adverb Diperkenalkan

    - Wishing you Selamat Hari Raya! Dengan ucapan Selamat Hari Raya!

    Di dalam pembelajaran Bahasa Inggeris peringkat asas adverb sering dikaitkan dengan verb iaitu adverb memberi keterangan kepada verb.

    Walau bagaimanapun, seperti yang akan dibentangkan di bawah ternyata bahawa adverb mempunyai penggunaan yang luas di dalam Bahasa Inggeris.

    Adverb sebenarnya boleh memberi keterangan kepada berbagai unsur-unsur Bahasa Inggeris selain verb termasuklah noun, pronoun, adverb, frasa, ayat dan sebagainya.

    Sabtu, 27 Ogos 2011

    Cara Penggunaan Comma

    - One good way to learn is to teach. Salah satu cara baik untuk belajar adalah dengan mengajar.

    Salah satu tanda bacaan yang sering mengelirukan walau penulis asli Bahasa Inggeris adalah comma koma.

    Ini adalah kerana penggunaan comma mempunyai kaitan rapat dengan unsur-unsur struktur ayat Bahasa Inggeris seperti klausa, frasa dan sebagainya.

    Kesilapan dalam penggunaan comma boleh menjejaskan struktur ayat Bahasa Inggeris sekaligus mengubah maksud ayat yang dihasratkan.

    Oleh itu, saya rasa ada baiknya kita bentangkan sedikit sebanyak kemusykilan penggunaan comma di sini.

    Rabu, 17 Ogos 2011

    Ejaan Bahasa Inggeris ie/ei

    -Would you like to learn how to spell? Inginkah anda belajar cara mengeja?

    Baiklah, ejaan manakah yang betul?
    • decieve atau deceive?
    • neighbour atau nieghbour?
    • cieling atau ceiling?
    • foriegn atau foreign?
    • retreive atau retrieve?
    • grief atau greif?
    Tak pasti jawapannya? Jom kita baca tips ejaan Bahasa Inggeris untuk perkataan-perkataan yang mengandungi huruf-huruf ie dan ei.

    Jumaat, 12 Ogos 2011

    Tips Menulis Esei Bahasa Inggeris

    -I like to read, how about you? Saya suka membaca, anda bagaimana?

    Sudahkah anda tahu menulis dalam Bahasa Inggeris? Syabas, tetapi sebelum memulakan penulisan anda jom baca tips menulis esei Bahasa Inggeris dahulu!

    Fikirkan minat pembaca!

    "Writing excites me! Penulisan merangsang saya!" Namun, siapa yang mengambil berat tentang apa yang merangsang saya? Sebagai pembaca, anda lebih berminat dengan apa yang merangsang anda! Jika ayat itu ditukar kepada "Writing is exciting! Penulisan adalah merangsangkan!" maka barulah anda mungkin akan teruja, bukankah begitu? Oleh itu, fikirkanlah minat pembaca dan bukan minat diri sendiri apabila menulis esei Bahasa Inggeris.

    Rabu, 10 Ogos 2011

    Terjemahan Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu (1)

    -What did you eat for Sahur today? Apa yang anda makan untuk Bersahur hari ini?

    Hadith Bukhari Jilid 3, Nombor 144

    Narrated by Anas (Radi-Allahu 'anhu):
    Diriwayatkan oleh Anas (Radi-Allahu 'anhu):

    Zaid bin Thabit said, "We took the Sahur with the Prophet (Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam).
    Zaid bin Thabit berkata, "Kami telah Bersahur dengan Nabi (Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam).

    Khamis, 4 Ogos 2011

    Siapa Benar, I atau Me?

    -Ramadan is here, happy fasting! Ramadan sudah tiba, selamat berpuasa!

    Ayat di bawah yang manakah betul?
    1. Siti and I beat Nur. Siti dan saya pukul Nur.
    2. Siti and me beat Nur. Siti dan saya pukul Nur.

    Ingin tahu cara cepat untuk mengetahui ayat di atas yang manakah betul?

    Senang je, keluarkan 'Siti and Siti dan' dari ayat itu, maka ia menjadi:

    Khamis, 21 Julai 2011

    Cara Menggabung Adjective

    -Are you ready for today's lesson? Sudah bersediakah anda untuk pelajaran hari ini?

    Baiklah, rangkai kata manakah yang betul?
    Contoh 1
    A long, black hair. Rambut hitam yang panjang.
    A black, long hair. Rambut panjang yang hitam.
    Kita cuba sekali lagi:

    Isnin, 11 Julai 2011

    Bukan Kata Belakang Tapi Kata Depan

    Dalam Bahasa Melayu perkataan seperti dalam, di, tepi, belakang dan sekeliling tergolong dalam kelas perkataan yang digelar kata sendi nama (atau kata depan).

    Pelikkan? Kenapa digelar kata depan dan bukan kata belakang? Kalau difikirkan, kata depan selalu berada dihadapan kata nama, contohnya:


    kata depan
    kata nama
    atas pokok atas pokok
    tepi jalanraya tepi jalanraya
    bawah meja bawah meja
    sekeliling Ahmad sekeliling Ahmad