Isnin, 12 November 2012

Let's Solat Asap

Let's Solat asap.

Apakah maksud ayat di atas? Maksudnya adalah Marilah Solat secepat mungkin. Asap adalah kependekan untuk as soon as possible yang memberi maksud secepat mungkin. Asap adalah idiom di dalam Bahasa Inggeris. Asap adalah percakapan yang sering di gunakan di dalam pejabat atau urusan perniagaan. Berikut adalah contoh ayat-ayat yang menggunakan idiom as soon as possible atau asap:
  • I am in a meeting now, but I'll call you back asap. Saya sedang berada di dalam mesyuarat sekarang, tetapi saya akan menelefon awak secepat mungkin.
  • Come to the office as soon as possible! Datanglah ke pejabat secepat mungkin!
  • Let's get married asap. Jom kita kahwin secepat mungkin.
Cara menyebut asap adalah sama seperti menyebut perkataan asap di dalam Bahasa Melayu. Kita boleh juga menyebut huruf-hurufnya satu demi satu iaitu a-s-a-p seperti di dalam ayat-ayat berikut:
  • Please send this email a-s-a-p. Sila hantar emel ini secepat mungkin.
  • Quick, I need to go to the toilet a-s-a-p! Cepat, saya perlu pergi ke tandas secepat mungkin!