Jumaat, 16 November 2012

Base, Root, Prefix, Suffix

Kini Teacher Zack nak menceritakan mengenai unsur-unsur perkataan yang sungguh menarik iaitu base, root, prefix dan suffix. Baiklah tanpa melengahkan masa Teacher Zack memulakan dengan base.

Base
Apabila sesuatu perkataan tidak boleh dicerakinkan maka perkataan itu dipanggil base word kata dasar. Act adalah satu contoh perkataan yang dipanggil base word kerana ia tidak boleh dicerakinkan kepada perkataan-perkataan lain. Act memberi maksud bertindak atau berlakon. Act boleh juga memberi maksud babak.

Root
Walaupun perkataan act dipanggil base word, ketahuilah bahawa perkataan act boleh juga dipanggil root word kata asas. Kenapa ye? Sebab root word adalah perkataan yang telah dicerakinkan dari sesuatu perkataan yang lain. Sebagai contoh perkataan reaction tindak-balas boleh dicerakinkan kepada tiga perkataan kecil iaitu re-act-ion. Disebabkan inilah perkataan act boleh juga dipanggil root word sebab ia boleh dicerakinkan dari perkataan reaction.

Prefix
Perkataan yang disambung dihadapan perkataan lain untuk mengubah maksudnya dipanggil prefix. Sebagai contoh perkataan re dipanggil prefix apabila ia disambung dihadapan perkataan act bertindak untuk menjadikannya perkataan react bertindak-balas.

Suffix
Perkataan yang disambung dibelakang perkataan lain untuk mengubah maksudnya dipanggil suffix. Sebagai contoh perkataan ion dipanggil suffix apabila it disambung dibelakang perkataan act bertindak untuk menjadikannya perkataan action tindakan.

Kesimpulan
Daripada perbincangan di atas perhatikan perubahan maksud pada root (atau base) word yang disebabkan oleh penggunaan prefix dan suffix seperti berikut:
  • base: act bertindak
  • prefix-root: re-act bertindak-balas
  • root-suffix: act-ion tindakan
  • prefix-root-suffix: re-act-ion tindak-balas
Terdapat sungguh banyak perkataan-perkataan Bahasa Inggeris yang berasaskan gabungan prefix, root dan suffix contohnya anti-aircraft, be-jewelled, counter-attack, ex-husband, pre-condition, eat-en, sleep-ing, bigg-er, work-ed dan sebagainya. Sudah tentu mempelajari kesemuanya akan mengambil masa yang lama. Teacher Zack harap keterangan yang Teacher Zack berikan pada catatan hari ini dapat membantu. Insyaallah kita akan teruskan perbincangan mengenai topik ini dimasa akan datang.

Harap maklum bahawa di laman web Dewan Bahasa Pustaka kedua-dua maksud base word dan root word diterjemahkan sebagai kata dasar. Teacher Zack menterjemahkan base word sebagai kata dasar dan root word sebagai kata asas hanyalah untuk menjelaskan penerangan Teacher Zack.