Rabu, 14 November 2012

Salam Maal Hijrah 1434H

Dengan perasaan merendah diri Teacher Zack mengucapkan Salam Maal Hijrah 1434H kepada sahabat dan fan InfoInggeris. Maaf zahir dan batin sekiranya Teacher Zack ada terkasar bahasa atau menyinggung perasaan sebelum ini ye. Teacher Zack mendoakan untuk semua semoga dirahmati Allah swt dan semoga dipermudahkan rezeki serta dikurniakan kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Dalam pada kita mempelajari bahasa Inggeris hendaknya kita tidak lupa kepada bahasa Arab ye. Maklumlah Teacher Zack pun tidak berapa mahir berbahasa Arab. Kalau tatabahasa bahasa Arab tu kira fahamlah juga tapi percakapan tu Teacher Zack tidak berapa mahir. Bagi Teacher Zack bahasa Arab tu amat penting bagi orang-orang Islam sebab ia boleh diibaratkan sebagai kunci kepada memahami Al-Quran dan Al-Hadith. Oleh itu pelajarilah bahasa Arab ye. Kalau boleh Teacher Zack pun ingin nak mahir berbahasa Arab satu hari nanti, insyaallah.