Rabu, 11 Jun 2014

Apa yang anda perlu tahu mengenai perkataan AM, ARE, IS, WAS dan WERE

Teacher Zack telah menerangkan maksud-maksud perkataan am dalam post sebelum ini yang bertajuk Cara menggunakan frasa I AM. Sebenarnya, perkataan is dan are mempunyai maksud yang sama seperti perkataan am. Hanya bentuk dan penggunaannya adalah berlainan seperti berikut:

  • Perkataan am digunakan bersama perkataan I untuk dijadikan frasa I am.
  • Perkataan are digunakan bersama perkataan you, we atau they untuk dijadikan frasa you are, we are atau they are.
  • Perkataan is digunakan bersama perkataan he, she atau it untuk dijadikan frasa he is, she is atau it is.

Contoh-contoh ayat:
  • I am a lecturer. (Saya ialah seorang pensyarah.)
  • You are my helper. (Awak ialah penolong saya.)
  • We are doctors. (Kami ialah doktor-doktor.)
  • They are my parents. (Mereka ialah ibu bapa saya.)
  • He is a friend. (Dia ialah seorang kawan.)
  • She is Cik Ariani. (Dia ialah Cik Ariani.)
  • It is a bug. (Ia ialah pepijat.)
Perhatikan di atas bahawa perkataan am, are dan is mempunyai maksud yang sama iaitu ialah


Lihat pula contoh-contoh berikut:
  • I am swimming. (Saya sedang berenang.)
  • You are talking. (Awak sedang bercakap.)
  • We are playing together. (Kami sedang main bersama.)
  • They are flying low. (Mereka sedang terbang rendah.)
  • He is hammering the nail. (Dia sedang mengetuk paku itu.)
  • She is blaming them. (Dia sedang menyalahkan mereka.)
  • It is shaking. (Ia sedang bergoncang.)
Perhatikan juga di atas bahawa perkataan am, are dan is mempunyai maksud yang sama iaitu sedang.

Mungkin anda sedang memikirkan, "Kenapakah am, are dan is mempunyai maksud yang sama?" Jawapannya adalah kerana am, are dan is adalah sebenarnya berpunca daripada hanya satu perkataan iaitu perkataan be. Ketahuilah bahawa am, are dan is adalah hanya bentuk-bentuk perkataan be, di mana perkataan be adalah kata dasarnya.


Kini timbul suatu soalan iaitu jika contoh-contoh di atas memberi gambaran present tense (iaitu sedang melakukan sesuatu perbuatan) maka bagaimana pula kita nak menggambarkan past tense (iaitu telah melakukan sesuatu perbuatan)? Jawapannya adalah hanya dengan menggantikan bentuk am, are dan is dengan bentuk was atau were seperti berikut:
  • I was swimming. (Saya telah berenang.)
  • You were talking. (Awak telah bercakap.)
  • We were playing together. (Kami telah main bersama.)
  • They were flying low. (Mereka telah terbang rendah.)
  • He was hammering the nail. (Dia telah mengetuk paku itu.)
  • She was blaming them. (Dia telah menyalahkan mereka.)
  • It was shaking. (Ia telah bergoncang.)
Perhatikan bahawa was digunakan bersama I, he, she dan it manakala were digunakan bersama you, we dan they.

Ya, jika anda sudah mengagaknya, perkataan was dan were juga adalah bentuk-bentuk perkataan be.

Kesimpulannya, Teacher Zack ingin mengingatkan kepada anda bahawa perkataan am, are, is, was dan were adalah sebenarnya berpunca daripada perkataan yang sama iaitu perkataan be, cuma bentuk dan penggunaannya adalah berlainan. Ingatlah, perkataan-perkataan Bahasa Inggeris seringkali berubah bentuk, contohnya perkataan sing (bernyanyi) yang mempunyai lima bentuk iaitu sing, singing, sings, sang, sung.

Soalnya adalah kenapakah perkataan-perkataan Bahasa Inggeris berubah bentuk? Entahlah, manalah Teacher Zack tahu dah memang bahasanya macam tu kot. Justeru itu, selesakanlah diri anda dengan perkataan-perkataan Bahasa Inggeris yang seringkali berubah bentuk jika anda ingin berjaya dalam pembelajaran Bahasa Inggeris, amin.