Ahad, 18 November 2012

How, How come

Good morning. Selamat pagi. How are you today? Apa khabar awak hari ini? How are the kids? Bagaimanakah keadaan anak-anak? Teacher Zack harap semuanya sihat dan bahagia :) Antara perkataan yang sering digunakan di dalam perbualan harian ialah how. Pada dasarnya how adalah perkataan jenis adverb yang memberi maksud bagaimana. Apabila perkataan how digunakan untuk bertanya lazimnya ia berada di hadapan ayat dan tanda soal ? diletakkan dibelakang ayat.
  • How did the chef cook this meal? Bagaimanakah jurumasak itu memasak hidangan ini?
  • How to return to the supermarket? Bagaimanakah untuk kembali ke pasar raya?
How boleh juga menjadi perkataan jenis conjunction iaitu perkataan yang digunakan untuk menyambung frasa atau ayat. Perhatikan bahawa tanda soal ? tidak perlu diletakkan di hujung ayat apabila perkataan how digunakan sebagai conjunction.
  • Encik Ismail, who is the executive officer, didn't know how to turn on the printer. Encik Ismail, seorang pegawai eksekutif, tidak tahu bagaimana untuk memasang pencetak itu.
  • The Marketing Director said, "You can do how you please!" Pengarah Pemasaran itu berkata, "Awak boleh buat bagaimana awak suka!" atau pun Pengarah Pemasaran itu berkata, "Awak boleh buat sesuka hati awak!"
Selain conjunction how boleh juga menjadi perkataan jenis noun. Sebagai noun how boleh memberi maksud bagaimana atau cara.
  • The medical practitioner said, "This is a question of why, not a how." Pengamal perubatan itu berkata, "Ini adalah soal kenapa, bukan bagaimana."
  • At least consider all the hows before you begin. Sekurang-kurangnya pertimbangkan semua cara-caranya sebelum awak mula.
Salah satu idiom yang digemari adalah how come yang memberi maksud kenapa atau lebih tepat lagi kenapa ya.
  • How come my supplier never visit me anymore? Kenapa ya pembekal saya tidak melawat saya lagi?
  • How come the gorgeous artist can love that crippled man? Kenapa ya seniman yang sungguh cantik itu boleh mencintai lelaki yang lumpuh itu.
Itu je untuk masa ni ye sebab dengan tiba-tiba Teacher Zack rasa macam tak sihat sikit. How come Teacher Zack suddenly feels this way? Kenapa ya Teacher Zack dengan tiba-tiba terasa sebegini? Entahlah dah tua kot.