Jumaat, 12 September 2014

Cara meminta bantuan dalam Bahasa Inggeris

Seringkali kita memerlukan bantuan dari orang lain tak kira di rumah, pejabat mahupun di tempat lain. Terdapat beberapa cara untuk meminta bantuan dalam Bahasa Inggeris. Anda boleh memulakan dengan perkataan could seperti berikut:
  • Could you carry these chairs for me? (Bolehkah awak mengangkat kerusi-kerusi ini untuk saya?)
Anda boleh juga memulakan dengan perkataan would seperti berikut:
  • Would you help me move my table? (Sudikah awak menolong saya mengalihkan meja saya?)
Perhatikan di atas bahawa could memberi maksud bolehkah manakala would memberi maksud sudikah. Perhatikan juga bahawa Teacher Zack menggunakan perkataan could, bukan can dan juga perkataan would, bukan will. Ini adalah kerana perkataan can dan will mempunyai maksud yang berlainan dan digunakan dalam situasi yang berlainan.

Untuk menambah kemesraan apabila meminta bantuan anda boleh menambah perkataan please seperti berikut:
  1. Could you please close the window? (Bolehkah awak tolong tutup tingkap itu?)
  2. Would you please help me tie this box? (Sudikah awak menolong mengikat kotak ini?)
Perhatikan dalam ayat 1 bahawa perkataan please memberi maksud tolong manakala dalam ayat 2 kedua-dua perkataan please dan help memberi maksud menolong.