Rabu, 28 November 2012

Erti kata perkataan Inggeris Table

If you spend a lot of time using your computer then you need a good computer table. Jika anda banyak menghabiskan masa anda menggunakan komputer anda maka anda memerlukan meja komputer yang bagus. Table, suatu perkataan Inggeris yang sudah diketahui umum, pada dasarnya adalah perkataan jenis noun. Table adalah untuk kegunaan singular tunggal manakala tables adalah untuk kegunaan plural majmuk. Sebagai noun, table mempunyai maksud-maksud berikut:
  1. meja: Please set up the conference table for the year-end financial meeting at 8:00am tomorrow morning. Sila sediakan meja persidangan untuk mesyuarat kewangan akhir tahun pada pukul 8:00 pagi esok.
  2. jadual: It is almost impossible to learn chemistry without the table of atomic mass. Ia adalah hampir mustahil untuk mempelajari ilmu kimia tanpa jadual jisim atom. 
Terdapat juga maksud-maksud perkataan table yang khusus untuk bidang-bidang tertentu seperti berikut:
  1. Bidang musik: Bahagian depan alat musik yang bertali dipanggil table
  2. Bidang senibina: Permukaan dinding yang telah dirawat dipanggil table.
  3. Bidang anatomi: Lapisan rata yang terdapat pada tengkorak dipanggil table.
Perkataan table boleh juga digunakan sebagai regular verb dan ia memberi maksud mengadakan di meja, menyediakan di meja atau membentangkan di meja. Terdapat 5 bentuk perkataan table iaitu to table, table, tabled, tabling, tables.
  1. to table: The Chief Executive Officer insist to table the Sales Forecast meeting immediately. Ketua Pegawai Eksekutif mendesak untuk mengadakan di meja mesyuarat Ramalan Jualan dengan segera.
  2. table: You may table the playing cards; it's time to play. Awak boleh membentangkan di atas meja daun terup itu; sudah masa untuk bermain.
  3. tabled digunakan untuk past tense kala lampau (iaitu telah melakukan): It should have been the Chairman who tabled the Council Members yesterday. Ia adalah sepatutnya Pengerusi yang telah mengadakan di meja Ahli-ahli Majlis itu semalam.
  4. tabling digunakan untuk present tense kala kini (iaitu sedang melakukan): Please do not interrupt me; I am tabling a meeting now? Harap jangan mengganggu saya; saya sedang mengadakan di meja mesyuarat sekarang.
  5. tables digunakan hanya untuk pihak ketiga tunggal iaitu he dia, she dia atau it ia: If the Administration Manager tables the meeting, it will be quick. Jika Pengurus Pentadbiran yang mengadakan di meja mesyuarat itu; maka ia akan menjadi cepat.
Terdapat banyak jenis-jenis table yang perlu kita ketahui. Berikut adalah sebahagian darinya:
  1. table of contents isi kandungan
  2. periodic table jadual berkala
  3. statistical table jadual statistik
  4. breakfast table meja sarapan
  5. coffee table meja kopi
  6. conference table meja persidangan
  7. dressing table meja solek
  8. kitchen table meja dapur
  9. operating table meja bedah
  10. snooker table meja permainan snooker
Itu je untuk hari ni ye, take care :)

Keterangan terperinci mengenai regular verb serta bentuk-bentuknya terdapat di dalam ebook Verb dan Tense Teacher Zack.