Rabu, 14 November 2012

Gunalah Idiom Dengan Bijak

Idiom amat penting di dalam Bahasa Inggeris sebab ia sering digunakan di dalam perbualan seharian di seluruh dunia. Walau bagaimana pun idiom hendaklah digunakan dengan berpada-pada. Ini adalah kerana di sesuatu tempat, contohnya di negara Amerika, sesuatu idiom mungkin dianggap sebagai bahasa rasmi sedangkan di tempat lain, contohnya di negara New Zealand, idiom yang sama mungkin dianggap sebagai bahasa pasar. Bukan itu saja bahkan di tempat lain pula idiom itu mungkin tidak pernah didengar langsung.

Oleh itu gunalah idiom dengan bijak ye, jangan main tembak je. Pada pendapat Teacher Zack sebagai petua gunalah idiom di dalam perbualan tetapi kurangkan penggunaannya di dalam penulisan apa lagi di dalam ujian sebab takut nanti cikgu pangkah pula.

Baiklah jom kita ambil satu contoh idiom iaitu call it a day yang memberi maksud berhenti dari melakukan sesuatu pekerjaan seperti berikut:
  1. It was raining heavily so we decided to call it a day.
  2. It was raining heavily so we decided to stop working for that day.
Kedua-dua ayat di atas memberi maksud yang sama iaitu Ia sedang hujan lebat maka kami telah mengambil keputusan untuk berhenti bekerja pada hari itu.

Ayat 1 menggunakan idiom call it a day. Teacher Zack rasa ayat 1 elok digunakan di dalam perbualan sebab bak kata orang Melayu, pandai speaking. Ayat 2 telah menggantikan idiom call it a day dengan bahasa biasa iaitu stop working for that day. Pada pandangan Teacher Zack ayat 2 elok digunakan di dalam penulisan atau ujian sebab ia mudah diterima secara rasmi di peringkat antarabangsa.

Itu je lah buat masa ini ye. Teacher Zack pun nak call it a day ni sebab tiba-tiba dah rasa mengantuk :)