Sabtu, 17 November 2012

House, Houses, Housed, Housing

Sedang duduk berfikir di rumah tiba-tiba Teacher Zack terfikir pula pasal rumah, hehe. Di dalam Bahasa Inggeris perkataan untuk rumah ialah house. Pada dasarnya house adalah perkataan jenis noun.
  • Her angry father-in-law said, "Get out of my house!". Bapa mertuanya yang sedang marah berkata, "Keluar dari rumah saya!".
  • My house is just behind this lovely park. Rumah saya terletak berul-betul di belakang taman yang indah ini.
Untuk plural majmuk hanya huruf s perlu ditambah dihujung untuk menjadikannya houses.
  • Wow, those houses are really beautiful! Wah, rumah-rumah itu benar-benar cantik!
  • These houses are owned by the military. Rumah-rumah ini adalah kepunyaan angkatan tentera.
Perkataan house boleh juga menjadi verb yang memberi maksud menempatkan atau ditempatkan. Hanya huruf d perlu ditambah di hujung untuk menjadikannya past tense iaitu housed.
  • The government will house the flood victims in schools. Kerajaan akan menempatkan mangsa banjir disekolah-sekolah.
  • Do you know that 500,000 books are housed in this library? Tahukah anda bahawa terdapat 500,000 buku-buku ditempatkan di dalam perpustakaan ini?
Sebagai adjective perkataan house digunakan untuk menyifatkan perkataan noun.
  • This is a house paint and is not suitable for cars. Ini adalah cat rumah dan tidak sesuai untuk kereta.
  • That is not a formal gathering but it is a house gathering. Itu bukan perhimpunan rasmi tetapi ia adalah perhimpunan rumah.
Satu lagi bentuk perkataan house yang terlintas di dalam fikiran Teacher Zack ialah housing. Perkataan housing adalah perkataan jenis noun yang memberi maksud penempatan.
  • The municipal needs a housing for the landslide victims as soon as possible. Majlis perbandaran memerlukan penempatan untuk mangsa tanah runtuh secepat mungkin.
  • The housing looks like a horse stable. Penempatan itu kelihatan seperti kandang kuda.
Teacher Zack rasa idiom yang paling terkenal untuk perkataan house ialah open house yang memberi maksud rumah terbuka.
  • Please come to my open house at the end of the first week of Hari Raya. Sila datang ke rumah terbuka saya pada hujung minggu pertama Hari Raya.
  • We are all invited to the open house of the Prime Minister. Kami semua dijemput ke rumah terbuka Perdana Menteri.