Jumaat, 29 Oktober 2010

Apa Dia Noun? (sambungan)

Abstract Noun Kata Nama Abkstrak

Abstrak adalah nama-nama yang diperolehi dari sifat atau perbuatan.

Dalam Bahasa Inggeris perkataan-perkataan abstrak yang bercirikan nama dipanggil abstract noun kata nama abstrak.

Terdapat dua jenis abstract noun kata nama abstrak iaitu attribute noun kata nama sifatan dan verbal noun kata nama kerjaan.

Rabu, 27 Oktober 2010

Apa Dia Noun?

Kita panggil seseorang dengan menggunakan namanya, contohnya Hassan.

Perkataan Hassan digelar nama kerana ia mempunyai ciri nama.

Perkataan walk berjalan tidak digelar nama kerana ia tidak mempunyai ciri nama tetapi sebaliknya ia mempunyai ciri perbuatan.

Begitu juga dengan perkataan tall tinggi yang tidak digelar nama kerana ia tidak mempunyai ciri nama tetapi sebaliknya ia mempunyai ciri sifat.

Dalam tatabahasa, perkataan-perkataan yang bercirikan nama tergolong dalam kelas perkataan yang dipanggil noun kata nama.

Sabtu, 23 Oktober 2010

Encik Ni, Saya Nak Panggil Apa?

Bukan mudah nak panggil orang yang tidak dikenali. Apa lagi dalam Bahasa Inggeris.

Memanggil orang dalam Bahasa Inggeris dinamakan addressing people.

Dalam catatan ini kita bincang sedikit mengenai cara memanggil orang yang tidak dikenali (dan juga yang dikenali).

Sebelum kita memulakan perbincangan, ada satu soalan yang amat penting yang perlu dijawab iaitu - "Apa patut kita buat sekiranya kita bertemu dengan seseorang yang baru dikenali sedangkan kita tidak tahu apa nak panggil orang itu?".

Jawapannya: Dalam keadaan begini tidak menjadi kesalahan jika kita bertanya kepada orang itu secara terus apa yang kita patut memanggilnya.

Khamis, 21 Oktober 2010

Nak Tahu Cara Membina Ayat?

Dalam catatan-catatan yang lepas kita telah mempelajari tatabahasa secara asas.

Ini termasuk punctuation mark tanda bacaan, word class kelas perkataan, phrase frasa, sentence ayat dan sebagainya.

Walaupun kita belum mempelajarinya secara terperinci, saya rasa ada baiknya jika kita bincang cara membina ayat dahulu.

Saya percaya bahawa mempelajari cara membina ayat diperingkat awal boleh membantu dalam memahami pelajaran tatabahasa dengan lebih mudah.

Selain itu, saya percaya bahawa ia boleh juga membina keyakinan diri untuk mempraktikkan apa yang dipelajari, sekali gus membolehkan perbualan dilakukan secepat mungkin, insya-Allah.

Selasa, 19 Oktober 2010

Dependent Clause (Klausa Pautan)

Seperti juga dalam hal independent clause klausa bebas yang mengandungi subject subjek dan verb kata kerja, dependent clause klausa pautan juga mengandungi subject subjek dan verb kata kerja.

Walau bagaimana pun, dependent clause klausa pautan tidak mempunyai maksud ayat yang lengkap.

Dependent clause klausa pautan perlu bergantung kepada independent clause klausa bebas untuk melengkapkan maksud ayat.

Lihat contoh berikut:

Khamis, 14 Oktober 2010

Independent Clause (Klausa Bebas)

Kita telah bincang dalam catatan lepas mengenai simple sentence ayat mudah.

Selain simple sentence ayat mudah, terdapat dua lagi jenis ayat iaitu compound sentence ayat majmuk dan complex sentence ayat kompleks.

Walau bagaimana pun, sebelum kita boleh bincang mengenai jenis-jenis ayat ini, kita perlu bincang mengenai sejenis rangkai kata yang dipanggil clause klausa.

Rabu, 13 Oktober 2010

Simple Sentence Pun Ada Kelas?

Ya, simple sentence ayat mudah pun ada kelas dan ia dipanggil Simple Sentence Class.

Terdapat tiga kelas seperti berikut:
  1. Declarative Penyata - ayat berbentuk kenyataan yang diakhiri dengan full stop tanda titik (.).
  2. Interrogative Tanya - ayat berbentuk soalan yang diakhiri dengan question mark tanda soal (?).
  3. Imperative Perintah - ayat yang berbentuk perintah atau permohonan yang diakhiri dengan exclamation mark tanda perintah (!).
Ketiga-tiga kelas simple sentence ayat mudah ini mengandungi subject subjek, verb kata kerja dan object objek seperti yang diterangkan di bawah.

Selasa, 12 Oktober 2010

Ini Ayat ke Frasa?

Kita telah bincang dalam catatan sebelum ini bahawa hanya rangkai kata yang mengandungi subject subjek dan predicate predikat boleh ditakrif sebagai simple sentence ayat mudah.

Kita juga sudah tahu bahawa predicate predikat wajib mengandungi verb kata kerja.

Dalam catatan ini kita akan lihat bahawa rangkai kata yang tidak mengandungi subject subjek dan verb kata kerja ditakrif sebagai Phrase Frasa.

Mari kita bincang perbandingan antara rangkai kata simple sentence ayat mudah dan rangkai kata phrase frasa di bawah.

Ahad, 10 Oktober 2010

Ucapan-Ucapan Pada Waktu Pagi, Tengahari, Petang Dan Malam

Dalam catatan ini kita bincang cara-cara memberi ucapan pada waktu pagi, tengahari, petang dan malam.

Ucapan-Ucapan Pada Waktu Pagi

Ucapan Kepada Seseorang Yang Baru Bangun Dari Tidur Pada Waktu Pagi

Apabila seseorang baru bangun dari tidur pada waktu pagi kita ucapkan:

Good morning. Selamat pagi.

Sabtu, 9 Oktober 2010

Apa Itu Ayat?

Apabila dua atau lebih perkataan disambung, ia menjadi rangkai kata.

Secara umum rangkai kata di dalam Bahasa Inggeris digelar sentence ayat.

Sentence Ayat bermula dengan capital letter huruf besar dan di akhiri dengan full stop tanda titik (.), question mark tanda tanya (?) atau pun exclamation mark tanda seru (!).  

Jumaat, 8 Oktober 2010

Berbuallah Dengan Bijak (sambungan)

Seperti yang telah saya katakan dalam post sebelum ini, marilah kita teruskan perbincangan mengenai perkara-perkara yang lazim dalam perbualan di sini.

Number Bilangan
The student is crying while the other students are laughing. Murid itu sedang menangis manakala murid-murid lain sedang ketawa.

Khamis, 7 Oktober 2010

Berbuallah Dengan Bijak

Alang-alang berbual, berbuallah dengan bijak. Kenapa?

Sebab dalam setiap perbualan tu ada perkara-perkara yang terselindung yang tak disedari.

Hanya orang yang sedar sahaja boleh belajar tatabahasa dan berkomunikasi dengan baik dan tepat, insyaallah.

Saya tak tahu apa nak panggil perkara-perkara yang terselindung ini tapi saya ingin memanggilnya Kelaziman Perbualan sebab perkara-perkara ini memang dah lazim cuma kita tak sedar saje.

Kita bincang sedikit di sini ye.

Rabu, 6 Oktober 2010

Bahasa Inggeris Ada Kelas!

Pernahkah anda lihat kamus Bahasa Inggeris Oxford yang hampir dua inci tebal? Masyaallah terdapat berpuluh ribu perkataan di dalamnya. Sudah tentu menjadi amat sukar untuk mempelajari bahasa ini, kan? Tapi yang anehnya semua perkataan-perkataan yang terdapat di dalam kamus itu boleh dikumpulkan kepada hanya lapan kategori. Ya, hanya lapan kategori sahaja. Haa, maknanya mempelajari bahasa ini bukanlah sesukar yang disangka.

Dalam istilah tatabahasa, kategori perkataan dipanggil kelas perkataan (atau pun golongan perkataan). Di dalam Bahasa Inggeris ia dipanggil word class. Berikut adalah lapan kelas perkataan dalam Bahasa Inggeris:

Selasa, 5 Oktober 2010

Britain Diserang Maka Lahirlah Bahasa Inggeris

Apakah dia Bahasa Inggeris dan dari manakah asalnya bahasa ini?

Pada abad yang ke-5 terdapat tiga suku kaum Germanic yang telah menyerang Britain. Ketiga-tiga suku kaum ini iaitu Angles, Saxons dan Jutes datang dari suatu tempat yang kini dipanggil Denmark dan Germany Utara. Mereka telah berjaya melintasi Laut Utara untuk ke Britain.

Pada masa itu penduduk asli Britain menggunakan bahasa Celtic. Oleh kerana mereka diserang maka mereka terpaksa berundur ke utara dan barat Britain yang kini dipanggil Wales, Scotland dan Ireland. Kaum Angles datang dari Englaland dan bahasa mereka adalah Englisc - inilah permulaan perkataan England dan English.

Bahasa Inggeris telah melalui empat perubahan utama seperti berikut:

Bahasa Inggeris Lama - Old English (450-1100 AD)
Ketiga-tiga suku kaum penyerang Germanic menggunakan bahasa yang serupa yang kini digelar Old English. Bahasa Old English ini amat berbeza dengan Bahasa Inggeris pada hari ini. Orang Inggeris di masa ini mendapati sukar untuk memahami bahasa Old English. Walau bagaimana pun masih terdapat perkataan Old English yang masih diguna pada masa kini seperti perkataan be, strong dan water. Old English diguna sehingga tahun 1100.

Bahasa Inggeris Pertengahan - Middle English (1100-1500)
Pada tahun 1066 William the Conqueror, Duke of Normandy (sebahagian dari negara yang kini dipanggil Perancis) telah menyerang England. Beliau telah membawa Bahasa Perancis ke England. Ini telah menyebabkan banyak perkataan-perkataan Bahasa Perancis menjadi sebahagian dari Bahasa Inggeris. Bahasa ini digelar Middle English.

Bahasa Inggeris Moden - Early Modern English (1500-1800)
Pada abad ke-16 British mula bertemu dengan berbagai lapisan masyarakat di seluruh dunia. Ini telah menyebabkan banyak perubahan yang berlaku pada Bahasa Inggeris termasuk perubahan sebutan, ejaan, tatabahasa serta perkataan dan frasa baru. Dengan terciptanya teknologi pencetakan maka bertambahlah bahan bacaan dan lebih ramai orang belajar membaca. Ini juga telah menyebabkan penerbitan kamus pertama Bahasa Inggeris pada tahun 1604 dan Bahasa Inggeris menjadi bahasa rasmi England.

Bahasa Inggeris Terkini - Late Modern English (1800-kini)
Perbezaan utama antara Early Modern English dan Late Modern English adalah perbendaharan kata (vocabulary). Late Modern English mempunyai lebih banyak perkataan yang timbul dari dua faktor. Pertama adalah Revolusi Industri yang memerlukan perkataan baru. Kedua adalah Empire British yang merangkumi sesuku bahagian bumi ini yang telah menyebabkan perkatan-perkataan bahasa asing dari berbagai negara lain diguna sebagai Bahasa Inggeris.

Cerita sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris boleh didapati di laman History of the English Language.

Isnin, 4 Oktober 2010

Burung Pun Pandai Berkata-Kata

Ya, burung pun pandai berkata-kata.

Tapi apa yang dikatakan oleh seekor burung?

Mungkin kita tak faham tapi burung lain yang sejenis dengannya tentu faham.

Kalau kita boleh kenal pasti kata-kata yang dituturkan oleh burung itu maka kita pun boleh berkomunikasi dengannya.

Berdasarkan prinsip ini maka sepatah kata, juga dipanggil perkataan, adalah satu unit dalam bahasa yang boleh difahami oleh penutur asli.

Dengan kata lain, asalkan kita boleh faham perkataan yang digunakan oleh orang lain maka perkataan itu boleh diterima sebagai satu unit dalam kaedah bahasa yang telah dipersetujui.

Ahad, 3 Oktober 2010

Kamus Oh Kamus

Kalau nak belajar bahasa, rajin-rajinlah guna kamus. Kenapa?

Sebab tanpa kamus, tak faham perkataan.

Kalau tak faham perkataan, macam mana nak belajar bahasa sebab mempelajari bahasa adalah sebenarnya mengatur perkataan menurut kaedah yang telah ditentukan.

Maka jadikanlah kamus sebagai teman.

Baiklah, kita bincang sedikit cara penggunaan kamus.

Sabtu, 2 Oktober 2010

Amboi Banyaknya Tanda Bacaan

Quotation Tanda petikan (")
Quotation Tanda petikan (") diguna untuk menunjukkan percakapan seseorang yang sebenar seperti berikut:
The transport minister said, “Oil prices will increase.” Menteri pengangkutan berkata, “Harga minyak akan naik.”
“Don't,” mother said, “you will regret it!” “Jangan,” kata ibu, “awak akan menyesal nanti!”

Jumaat, 1 Oktober 2010

Ada Lagi Tanda Bacaan?

Semicolon Koma bernoktah (;)
Semicolon Koma bernoktah (;) boleh diguna untuk menyambung beberapa independant clause klausa utama dengan menggantikan conjunction kata hubung seperti and dan, so maka dan but tetapi, contohnya:
Father loves me so he hugs me. Ayah sayang saya maka dia peluk saya.
Father loves me; he hugs me. Ayah sayang saya; dia peluk saya. 

 I went to work but I was still sick. Saya pergi kerja tetapi saya masih sakit. 
I went to work; I was still sick. Saya pergi kerja; saya masih sakit.

Apostrophe Koma atas (')
Apostrophe Koma atas (') menandakan pengabaian satu atau lebih huruf seperti berikut:
You are not Ruslan. Awak bukan Ruslan.
You aren't Ruslan. Awak bukan Ruslan.
I am a fireman. Saya seorang ahli bomba.
I'm a fireman. Saya seorang ahli bomba.

Apostrophe Koma atas (') juga menunjukkan possessive case hal milik, misalnya:
Teacher's books. Buku-buku guru.
Teachers' books. Buku guru-guru.
Tree's leaves. Daun-daun pokok.
Trees' leaves. Daun pokok-pokok.