Jumaat, 30 November 2012

Kenalilah perkataan Inggeris Yellow

Anyone who is willing to buy for Teacher Zack a yellow Ferrari car will be Teacher Zack's beloved friend forever. Sesiapa yang sudi membeli untuk Teacher Zack sebuah kereta Ferrari kuning akan menjadi kawan yang dikasihi Teacher Zack buat selamanya. Yellow adalah perkataan Inggeris yang bererti kuning. Yellow boleh digunakan sebagai noun, adjective, adverb dan juga verb.

Yellow sebagai noun
Sebagai noun perkataan yellow memberi maksud kuning:
  1. That linguistic professor hates yellow. Profesor linguistik itu benci kuning.
  2. Do you know that the center of an egg is also called yellow? Tahukah anda bahawa di tengah sebiji telur juga dipanggil (telur) kuning?
  3. The color of this paint is not red but yellow. Warna cat ini bukan merah tetapi kuning.
Terdapat juga perkataan noun iaitu yellowness yang memberi maksud kekuningan.
  1. The yellowness in her dress makes it attractive. Kekuningan pada pakaiannya menjadikan ia menarik.
Yellow sebagai adjective
Sebagai adjective perkataan yellow mempunyai tiga bentuk iaitu:
  1. yellow kuning
  2. yellower lebih kuning
  3. yellowest paling kuning
Berikut adalah contoh ayat-ayat yang menggunakan perkataan yellow sebagai adjective:
  1. The new model prefers yellow hair. Peragawati baru itu lebih gemar berambut kuning.
  2. The bottom part of the painting is yellower than the top. Bahagian bawah lukisan itu adalah lebih kuning dari yang di atas.
  3. Your teeth is the yellowest of all; brush it! Gigi awak adalah yang paling kuning; pergi gosok!
Terdapat satu lagi bentuk adjective untuk perkataan yellow iaitu yellowish. Ia memberi maksud seakan-akan kuning atau kekuningan:
  1. Wow, such a beautiful yellowish hue in the sky. Wah, suatu rona kuning yang cantik di langit.
Yellow sebagai adverb
Bentuk perkataan yellow sebagai adverb adalah yellowly dan memberi maksud secara menguningkan:
  1. The kindergarten boy yellowly colored his painting. Kanak-kanak tadika itu secara menguningkan telah mewarnakan lukisannya.
Yellow sebagai verb
Sebagai verb perkataan yellow memberi maksud menguningkan. Ia adalah perkataan jenis regular verb dan mempunyai 5 bentuk iaitu to yellow, yellow, yellowed, yellowing dan yellows:
  1. to yellow bermaksud untuk menguningkan: The scientist has decided to yellow the chemical solution. Para saintis telah membuat keputusan untuk menguningkan larutan kimia itu.
  2. yellow bermaksud menguningkan: Please yellow the stage door for the children's show next week. Sila kuningkan pintu pentas itu untuk pertunjukkan kanak-kanak minggu depan.
  3. yellowed memberi maksud telah menguningkan: Ouch, the fans yellowed the actor's shirt with yolks of eggs! Adoi, peminat-peminat itu telah menguningkan kemeja pelakon itu dengan telur-telur kuning!
  4. yellowing bererti sedang menguningkan: The painting team is yellowing the middle part of the flag. Kumpulan pengecat sedang menguningkan bahagian tengah bendera itu.
  5. yellows bermaksud menguningkan dan hanya boleh digunakan untuk pihak ketiga tunggal iaitu he dia, she dia atau it ia: That alien yellows itself in self defence! Makhluk asing itu menguningkan diri untuk mempertahankan dirinya.
Ingat ye, Teacher Zack is not yellow. Teacher Zack bukan pengecut. Di dalam ayat ini perkataan yellow adalah slang yang memberi maksud pengecut.

Sampai sini je dan semoga cerai hari ini macam Teacher Zack :)

Keterangan lanjut mengenai regular verb dan bentuk verb terdapat di dalam ebook Verb dan Tense karya Teacher Zack.