Selasa, 20 November 2012

Is, Is it, Is that so

Wow, this air show is so amazing! Wah, pertunjukan udara ini adalah sungguh mengagumkan! Is adalah perkataan jenis verb yang pada dasarnya memberi maksud adalah, adakah, sedang.

Is boleh digunakan untuk bertanya. Apabila bertanya, perkataan is hendaklah berada di permulaan ayat dan tanda soal ? berada di penghujung ayat.
  • Is the gardener alright? Adakah tukang kebun itu sihat?
  • Is there a torchlight in this store room? Adakah terdapat lampu suluh di dalam bilik stor ini?
  • Is the truck driver crazy about you? Adakah pemandu trak itu tergila-gilakan awak?
  • Is it noon already. Adakah sudah tengahari?
  • Is she pregnant? Adakah dia hamil?
Is juga digunakan untuk memberi keterangan mengenai sesuatu subject. Subject lazimnya berada di hadapan perkataan is dan keterangan mengenai subject itu lazimnya berada di belakang perkataan is. Sebagai contoh, untuk ayat pertama di bawah, Allah swt adalah subject manakala keterangan mengenaiNya adalah the one god tuhan yang esa.
  • Allah swt is the one god. Allah swt adalah tuhan yang esa.
  • Yes, she is pregnant. Ya, dia sedang hamil.
  • Your biology book is on my table. Buku biologi awak berada di atas meja saya.
  • The General Election is next week. Pilihan Raya Umum adalah minggu hadapan.
  • An earthquake is happening in U.S.A right now. Suatu gempa bumi sedang berlaku di Amerika sekarang.
  • People said that she is actually a mermaid. Orang mengatakan bahawa dia adalah sebenarnya seekor ikan duyung.
Terdapat dua frasa yang menggunakan perkataan is yang Teacher Zack ingin mengesyorkan. Frasa-frasa ini terkenal dan sering digunakan di dalam perbualan seharian. Bagi Teacher Zack kalau kita malas nak berbual dengan orang yang tak boleh berhenti bercakap maka kita boleh menggunakannya. Frasa-frasa ini adalah is it? dan is that so?. Is it? memberi maksud ya kah? manakala is that so? memberi maksud benarkah?. Jom kita ambil andaian yang kita malas nak berbual dengan kawan kita Saleha yang tak boleh berhenti bercakap:
  • Saleha: My boyfriend loves me so much. Teman lelaki saya sungguh mencintai saya.
    Kita: Is that so?
  • Saleha: He said I am cute. Dia kata saya comel.
    Kita: Is it?
  • Saleha: He is so handsome. Dia sungguh kacak.
    Kita: Is that so?
  • Saleha: He is rich too! Dia juga kaya!
    Kita: Is it?
  • Saleha: He wants to buy me a diamond ring next week and said that he wants to marry me. He actually ordered me a new car but haven't arrived. It's a red BMW... Dia nak belikan saya cincin berlian minggu depan dan mengatakan bahawa dia ingin mengahwini saya. Dia sebenarnya telah memesan untuk saya sebuah kereta baru. Ia adalah BMW merah...
    Kita: Is that so?
  • ...dan seterusnya
Itu je buat masa ni ye, selamat berbual :)

Untuk keterangan terperinci mengenai subject, verb dan object serta penggunaannya untuk membina ayat dapatkan ebook Verb dan Tense karya Teacher Zack.