Ahad, 25 Ogos 2013

Terdapat lagi video kes pembunuhan pelakon wanita

Terjemahan tajuk dalam Bahasa Inggeris: Yet more video on actress murder case.


Perkataan Bahasa Inggeris yet sebagai adverb

Tersenarai di bawah adalah cara penggunaan perkataan yet sebagai adverb. Perhatikan bagaimana yet memberi keterangan kepada verb, adjective atau adverb lain:
  1. isn't ready yet - belum bersedia lagi 
  2. not yet come - belum datang lagi 
  3. may yet change - mungkin akan berubah 
  4. young yet wise - muda tetapi bijak 
  5. don't go yet - jangan pergi dulu 
  6. Are they here yet? - Adakah mereka sudah berada di sini? 
  7. There is yet time. - Terdapat masa lagi
Di bawah adalah contoh-contoh ayat yang menerangkan maksud yet sebagai adverb.
  1. lagi:
    1. Awak mulakan dulu sebab hamzah belum bersedia lagi. - You start first because Hamzah is not ready yet.
    2. Sudah tentu dia meminta sebab saya belum beri lagi. - Of course he is asking because I have not yet given.
    3. Jangan risau sebab masih terdapat masa lagi untuk melakukannya. - Don't worry because there is yet time to do it.
  2. akan:
    1. Kami mungkin akan berpindah ke Johor tidak lama lagi. - We may yet move to Johor soon.
  3. tetapi:
    1. Encik Jamil adalah seorang yang kaya tetapi merendah diri. - Encik Jamil is rich yet humble.
  4. dulu:
    1. Harap jangan datang dulu sebab saya belum bersedia. - Please don't come yet because I'm not ready.
  5. telah berada:
    1. Adakah Siti telah berada di sana? - Is Siti there yet?

Perkataan Bahasa Inggeris yet sebagai conjunction

Sebagai conjunction, perkataan yet adalah jenis subordinative conjunction. Maksud yet sebagai conjunction adalah:
  1. tetapi:
    1. Dia kata bahawa dia akan tiba lewat, tetapi dia telah tiba tepat pada masanya. - She said she would be late, yet she arrived on time.
    2. Ia adalah baik, tetapi ia bukan kegemaran saya. - It is good, yet it is not my favorite.

Perkataan Bahasa Inggeris yet di dalam idiom

  1. as yet bermaksud sehingga kini:
    1. Sehingga kini, anak perempuan saya tidak bercakap dengan saya. - As yet, my daughter hasn't spoken to me.
    2. Sehingga kini, saya belum menukar kad pengenalan lama saya. - As yet, I haven't changed my old identity card.