Dalam istilah tatabahasa, kategori perkataan dipanggil kelas perkataan (atau pun golongan perkataan). Di dalam Bahasa Inggeris ia dipanggil word class. Berikut adalah lapan kelas perkataan dalam Bahasa Inggeris:
Kelas | Kependekan | Makna |
Noun | n. | kata nama |
Pronoun | pron. | kata ganti |
Adjective | adj. | kata sifat |
Article | art. | kata sandang |
Verb | v. | kata kerja |
Adverb | adv. | kata keterangan |
Preposition | prep. | kata sendi nama |
Conjunction | conj. | kata hubung |
Insyaallah dimasa akan datang kita akan bincang mengenai kelas-kelas perkataan ini tapi buat masa ini kita bincang secara ringkas dahulu agar kita dapat melihatnya secara keseluruhan.
Noun Kata nama
Noun merujuk kepada nama secara langsung. Contoh perkataan-perkataan yang tergolong dalam kelas noun adalah Ahmad Ahmad, table meja dan night malam. Contoh ayat: Ahmad is a student. Ahmad seorang murid.
Pronoun Kata ganti nama
Pronoun merujuk kepada nama secara tidak langsung. Contoh perkataan-perkataan yang tergolong dalam kelas pronoun adalah He dia, herself dirinya dan this ini. Contoh ayat: He is a student. Dia seorang murid.
Adjective Kata sifat
Adjective menunjukkan sifat. Contoh perkataan-perkataan yang tergolong dalam kelas adjective adalah tall tinggi dan happy gembira. Contoh ayat: A tall girl. Seorang gadis tinggi.
Adjective juga memberi keterangan. Contoh perkataan-perkataan yang tergolong dalam kelas adjective ini adalah easy senang dan some sebahagian. Contoh ayat: An easy question. Soalan yang senang.
Article Kata sandang
Terdapat tiga article iaitu a se, an se dan the itu.
Article a se menunjukkan hal umum. Contoh ayat: A house. Sebuah rumah.
Article an se juga menunjukkan hal umum. Contoh ayat: An elephant. Seekor gajah.
Article the itu menunjukkan hal khusus. Contoh ayat: The house. Rumah itu.
Verb Kata kerja
Verb menunjukkan perbuatan. Contoh perkataan-perkataan yang tergolong dalam kelas verb adalah talk cakap dan look pandang. Contoh ayat: I talk to him. Saya bercakap pada dia.
Verb juga menunjukkan keadaan. Contoh perkataan-perkataan yang tergolong dalam kelas verb ini adalah have mempunyai dan is ialah. Contoh ayat: I have a dream. Saya mempunyai impian.
Adverb Kata keterangan
Adverb menunjukkan cara, keadaan, waktu atau kekerapan sesuatu perbuatan dilakukan. Contoh perkataan-perkataan yang tergolong dalam kelas adverb adalah slowly perlahan, sadly kesedihan, later kemudian dan daily harian. Contoh ayat: He cycled slowly. Dia kayuh perlahan.
Preposition Kata sendi nama
Preposition menunjukkan lokasi atau hal. Contoh perkataan-perkataan yang tergolong dalam kelas preposition adalah beside sebelah, up atas, from dari dan with dengan. Contoh ayat: Rajan stood beside me. Rajan berdiri sebelah saya.
Conjunction Kata hubung
Conjunction digunakan untuk menyambung perkataan, rangkai kata atau ayat . Contoh perkatan-perkataan yang tergolong dalam kelas conjunction adalah and dan, although walaupun, so maka dan unless melainkan. Contoh ayat: Maggie and I. Maggie dan saya.