Jumaat, 13 Jun 2014

Cara membina ayat menggunakan perkataan AM, ARE, IS, WAS dan WERE

Teacher Zack telah menerangkan cara penggunaan perkataan am, are, is, was dan were dalam post sebelum ini yang bertajuk Apa yang anda perlu tahu mengenai perkataan AM, ARE, IS, WAS dan WERE. Kini kita akan membina ayat menggunakan perkataan-perkataan ini.

Ayat Penyata

Dalam ayat penyata, frasa I am, you are, he is, they were atau sebagainya boleh berada di permulaan, pertengahan atau penghujung ayat, contohnya:
  1. Mum knows that I am feeling cold. (Ibu tahu yang saya sedang berasa sejuk.)
  2. Call me when you are free. (Telefon saya apabila awak [sedang] bersenang.)
  3. He was here yesterday. (Dia telah berada di sini semalam.)
  4. I know she is ill. (Saya tahu bahawa dia sedang sakit.)
  5. Yes, it was me. (Ya, itu adalah saya.)
  6. He is as hungry as I am. (Dia [adalah] lapar seperti saya adalah [lapar]).)
  7. We were lost as they were. (Kami telah sesat sebagaimana mereka telah [sesat])

Ayat Penyata Negatif

Untuk menidakkan ayat penyata, anda hanya perlu menambah perkataan not selepas frasa I am, you are, he was atau sebagainya, seperti berikut:
  1. Sorry, I am not a teacher. (Maaf, saya [adalah] bukan seorang guru.)
  2. Of course you are not a bad man. (Sudah tentu awak [adalah] bukan seorang lelaki yang tidak baik.)
  3. It is either he was not here or they were not here. (Ia adalah sama ada dia [adalah] tidak di sini atau mereka [adalah] tidak di sini.)
  4. She was not with me at that time. (Dia [adalah] tidak bersama saya pada masa itu.)
  5. It was here just now but it is not here now. (Ia berada di sini sebentar tadi tapi ia tidak berada di sini sekarang.)

Ayat Soalan

Untuk menjadikan ayat soalan, anda hanya perlu menterbalikkan kedudukan perkataan-perkataan dalam frasa anda, contohnya I am menjadi am I, she were menjadi were she, you are menjadi are you atau sebagainya, seperti berikut:
  1. Am I dreaming? (Adakah saya bermimpi?)
  2. You are not Saleha, are you? (Awak bukan Saleha, adakah awak?)
  3. Is he angry? (Adakah dia sedang marah?)
  4. Were they with you yesterday? (Adakah mereka bersama awak semalam?)
  5. She is not sick, is she? (Dia tidak sakit, adakah dia?)
  6. We are not imagining this, are we? (Kami bukan membayangkan hal ini, adakah kami?)

Ayat soalan Negatif

Untuk menjadikan ayat soalan negatif, anda hanya perlu menambah perkataan not selepas am I, was he, were they atau sebagainya seperti berikut:
  1. Are you not Mrs. Junabo Borhona? (Adakah anda bukan anda Mrs. Junabo Borhona?)
  2. Am I not helping you? (Adakah saya bukan sedang menolong awak?)
  3. I am helping you, am I not? (Saya sedang menolong awak, adakah saya tidak?)
  4. Is it not true? (Adakah ia tidak benar?)
  5. Were we not prepared at that time? (Adakah kita tidak bersedia pada masa itu?)
  6. They were lying, were they not? (Mereka telah menipu, adakah mereka tidak?)

Sebelum Teacher Zack mengakhiri post ini, perlu Teacher Zack menyatakan di sini bahawa frasa-frasa di atas seringkali tidak digunakan dalam konteksnya yang penuh tetapi digunakan dalam konteks kependekan, contohnya frasa you are not seringkali dipendekkan kepada you're not atau you aren't. Mudah-mudah kita akan mempelajari cara menggunakan kependekan frasa-frasa ini dimasa akan datang, إِنْ شَاءَ الله.