Selasa, 18 Oktober 2011

Phrasal Verb

Phrasal verb adalah frasa yang mengandungi verb dan adverb atau preposition seperti berikut:
  1. turn down = verb + adverb

  2. look after = verb + preposition

  3. run out of = verb + adverb + preposition

    Phrasal verb bersifat idiom (idiomatic) iaitu maksud frasanya adalah berlainan dari maksud perkataan-perkataan individu yang terdapat di dalamnya.

    Sebagai contoh, frasa look after memberi maksud lihat selepas tetapi sebagai phrasal verb ia memberi maksud menjaga.

    Begitu juga frasa run out of yang memberi maksud lari keluar dari tetapi sebagai phrasal verb ia memberi maksud kehabisan.

    Dari perbincangan di atas ternyatalah bahawa phrasal verb tidak boleh ditafsirkan maksudnya melalui perkataan-perkataan individu yang terdapat di dalamnya. Sebaliknya phrasal verb mesti dihafal seolah-olah ia adalah satu perkataan yang bergabung yang mempunyai maksudnya yang tersendiri.

    Sebagaimana idiom, phrasal verb adalah sebenarnya kata-kata, ungkapan atau simpulan bahasa yang sering digunakan oleh penutur asli Bahasa Inggeris dalam perbualan seharian.


    Contoh-contoh Phrasal Verb
    Terdapat beratus phrasal verb. Berikut adalah beberapa contoh phrasal verb:

    gather around - Memberi maksud berkumpul.
    • Gather around if you want to listen to his speech. Berkumpullah jika anda ingin mendengar ucapannya.

    • When Siti started to sing, her fans gathered around to listen. - Apabila Siti mula menyanyi, peminatnya berkumpul untuk mendengar.

    • Everyone gathered around to see the accident. Orang ramai berkumpul untuk melihat kemalangan itu.

    keep away - Memberi maksud menjauhi.
    • To keep away the dogs, he built a fence. Untuk menjauhkan anjing-anjing, dia telah membina pagar.

    • Let's build a fence to keep the dogs away. Marilah membina pagar untuk menjauhkan anjing-anjing.

    • It is important to keep her away from sunlight. Adalah penting untuk menjauhkannya dari sinaran matahari.

    brighten up - Memberi maksud menceriakan.
    • Let's brighten up our classroom. Marilah menceriakan bilik darjah kita.

    • Brighten up, it's not the end of the world! Bercerialah, dunia belum berakhir lagi!

    • Each time Niki cries, Johan would brighten her up by giving her flowers. Setiap kali Niki menangis, Johan akan menceriakannya dengan memberinya bunga.

    Membezakan Phrasal Verb dari Idiom
    Semua phrasal verb boleh dipanggil idiom tetapi bukan semua idiom boleh dipanggil phrasal verb.

    Berikut adalah beberapa idiom. Bolehkah anda nyatakan idiom yang mana juga dipanggil phrasal verb?
    1. around the clock

    2. turn around

    3. couch potato

    4. join in

    5. nibble away at

    Jawapan:
    • 2: turn around = verb + preposition

    • 4: join in = verb + adverb

    • 5: nibble away at = verb + adverb + preposition