Rabu, 18 Jun 2014

Cara menggunakan perkataan DO dalam ayat suruhan

Do adalah di antara perkataan Bahasa Inggeris yang susah dipelajari. Ini adalah kerana terdapat banyak cara penggunaannya. Maksud utama perkataan do ialah lakukan atau buat. Dalam rencana ini Teacher Zack menunjukkan cara menggunakan perkataan do dalam ayat suruhan. Pada dasarnya, apabila anda berkata, "Do." bermakna anda sedang berkata, "Lakukan." atau "Buat." iaitu suatu suruhan. Di bawah adalah contoh-contoh ayat suruhan menggunakan perkataan do yang sering didengari. Perhatikan betul-betul maksud-maksud perkataan do. Perhatikan juga bahawa do mesti berada di pangkal ayat suruhan.

Do + noun (kata nama atau frasa kata nama):
  • Do the job. (Lakukan kerja itu.)
  • Do your homework. (Buat kerja rumah anda.)
  • Do teacher's questions. (Buat soalan-soalan cikgu.)
  • Do father's request. (Jalankan permintaan ayah.)
  • Do a turn. (Buat suatu pusingan.)
  • Do a heart shape drawing. (Buat suatu lukisan bentuk hati.) 

Do + pronoun (kata ganti nama atau frasa kata ganti nama):
  • Do this. (Lakukan ini.)
  • Do those. (Lakukan semua itu.)
  • Do it. (Lakukannya.)
  • Do it now. (Lakukannya sekarang.)
  • Do it carefully. (Lakukannya dengan berjaga-jaga.)
  • Do that again. (Lakukan itu semula.)

Do + verb (kata kerja atau frasa kata kerja):
  • Do sleep early. (Tidur lah awal.)
  • Do come to my house. (Datang lah ke rumah saya.)
  • Do come home. (Pulang lah ke rumah.)
  • Do go to the office. (Pergi lah ke pejabat.)
  • Do visit us. (Ziarah lah kami.)
  • Do come early. (Datang lah awal.)
  • Do arrive early. (Tiba lah awal.)
  • Do call me. (Telefon lah saya.)
  • Do contact me. (Hubungi lah saya.)
  • Do marry her. (Kahwin lah dia.)
  • Do give them food. (Beri lah mereka makanan.)
  • Do use my phone. (Guna lah telefon saya.)
  • Do take it. (Ambil lah ia.)
  • Do take care of yourself. (Jaga lah diri anda.)
  • Do take care. (Jaga lah diri.)
  • Do please him. (Ambil lah hatinya.)
  • Do remain calm. (Bawa lah bertenang.)
  • Do bring forward the matter. (Bawa lah ke hadapan hal itu.)
  • Do discuss the matter. (Bawa lah berbincang hal itu.)
Perhatian: Untuk frasa-frasa do + verb di atas, anda boleh menggugurkan perkataan do. Walau bagaimana pun, maksudnya akan berubah. Tanpa perkataan do, tekanan kepada suruhan menjadi berkurangan, contohnya:
  • Do sleep early. (Tidur lah awal.)
    Sleep early. (Tidur awal.)
  • Do call me. (Telefon lah saya.)
    Call me. (Telefon saya.)
  • Do take care. (Jaga lah diri.)
    Take care. (Jaga diri.)

Do + adverb (kata keterangan atau frasa kata keterangan):
  • Do slowly. (Lakukan dengan perlahan.)
  • Do carefully. (Lakukan dengan berjaga-jaga.)
  • Do again. (Lakukan semula.)
  • Do many times. (Lakukan banyak kali.)
  • Do repeatedly. (Lakukan berulang-ulang.)
  • Do now. (Lakukan sekarang.)
  • Do tomorrow. (Lakukan esok.)
  • Do tonight. (Lakukan malam ini.)
  • Do by noon. (Lakukan sebelum tengahari.)
  • Do before tomorrow. (Lakukan sebelum esok.)
  • Do as you please. (Lakukan sesuka hati awak.)
  • Do as required. (Lakukan sepertimana yang dikehendaki.)
  • Do as little as possible. (Lakukan sedikit mana yang boleh.)
  • Do as much as you can. (Lakukan sebanyak mana yang anda boleh.)
  • Do as much as allowed. (Lakukan sebanyak mana yang dibenarkan.)
  • Do as early as recommended. (Lakukan sebanyak mana yang disyorkan.)
  • Do exactly as instructed. (Lakukan betul-betul seperti yang diarahkan.)
  • Do as you are told. (Lakukan seperti mana yang anda disuruh.)
  • Do your best. (Lakukan dengan sebaiknya.)

Do + preposition (kata depan atau frasa kata depan):
  • Do outside. (Lakukan di luar.)
  • Do inside the house. (Lakukan di dalam rumah.)
  • Do beside me. (Lakukan di sebelah saya.)
  • Do behind him. (Lakukan di belakang dia.)
  • Do at school. (Lakukan di sekolah.)
  • Do from above the box. (Lakukan dari atas kotak itu.)
  • Do from the side. (Lakukan dari tepi.)

Kesopanan menyuruh

Setiap manusia suka disuruh secara sopan. Untuk menjadikan ayat suruhan anda lebih sopan, anda boleh menambah perkataan please di hadapan perkataan do iaitu "Please do." yang bermaksud "Sila lakukan." atau "Sila buat.". Kesemua contoh-contoh ayat di atas boleh bermula dengan Please do. Berikut adalah beberapa contoh yang dipetik dari contoh-contoh ayat suruhan di atas:
  • Please do a heart shape drawing. (Sila buat suatu lukisan bentuk hati.) 
  • Please do it now. (Sila lakukannya sekarang.)
  • Please do come to my house. (Sila lah datang ke rumah saya.)
  • Please do again. (Sila lakukan semula.)
  • Please do beside me. (Sila lakukan di sebelah saya.)

Ayat suruhan negatif

Untuk menjadikan ayat suruhan negatif, anda perlu menambah frasa do not atau kependekannya iaitu don't di hadapan perkataan do, contohnya, "Do not do." atau "Don't do." yang bermaksud "Jangan lakukan." atau "Jangan buat.".

Dalam contoh-contoh ayat di atas, anda boleh menggunakan Do not do atau Don't do untuk frasa do + noun, do + pronoun, do + adverb dan do + preposition seperti yang ditunjukkan dalam contoh-contoh berikut:
  • do + noun: Do not do the job. (Jangan lakukan kerja itu.)
  • do + pronoun: Don't do it. (Jangan lakukannya.)
  • do + adverb: Don't do as you please. (Jangan lakukan sesuka hati awak.)
  • do + preposition: Don't do outside. (Jangan lakukan di luar.)
Walau bagaimana pun, anda tidak boleh menggunakan Do not do atau Don't do untuk frasa do + verb. Untuk frasa do + verb anda hendaklah menggugurkan perkataan do dan menggunakan Do not atau Don't sahaja seperti yang ditunjukkan di bawah:
  • SALAH: Don't do go to the office.
    BETUL: Don't go to the office. (Jangan pergi ke pejabat.)
  • SALAHDo not do contact me.
    BETULDo not contact me. (Jangan hubungi saya.)
  • SALAHDon't do use my phone.
    BETULDon't use my phone. (Jangan guna telefon saya.)

Demikianlah cara penggunaan perkataan do dalam ayat suruhan. Mudah-mudahan di masa akan datang kita akan dapat mempelajari pula cara menggunakan perkataan do dalam ayat penyata dan ayat soalan, إِنْ شَاءَ الله.