Sabtu, 23 Oktober 2010

Encik Ni, Saya Nak Panggil Apa?

Bukan mudah nak panggil orang yang tidak dikenali. Apa lagi dalam Bahasa Inggeris.

Memanggil orang dalam Bahasa Inggeris dinamakan addressing people.

Dalam catatan ini kita bincang sedikit mengenai cara memanggil orang yang tidak dikenali (dan juga yang dikenali).

Sebelum kita memulakan perbincangan, ada satu soalan yang amat penting yang perlu dijawab iaitu - "Apa patut kita buat sekiranya kita bertemu dengan seseorang yang baru dikenali sedangkan kita tidak tahu apa nak panggil orang itu?".

Jawapannya: Dalam keadaan begini tidak menjadi kesalahan jika kita bertanya kepada orang itu secara terus apa yang kita patut memanggilnya.


Mendapatkan Perhatian

Sudah tentu sebelum memanggil seseorang kita perlu mendapatkan perhatiannya dahulu, kan?

Untuk mendapatkan perhatian, gunakan salah satu dari contoh-contoh berikut:
Hi Hai
Hello Helo
Excuse me Maafkan saya
Pardon me Maafkan saya
Good morning Selamat pagi

Bertanyakan Soalan

Untuk bertanyakan apa kita patut memanggil seseorang, gunakan salah satu dari contoh-contoh berikut:
  • What should I call you? Apakah patut saya panggil awak?
  • What should I call your father? Apakah patut saya panggil ayah awak?
  • What should I call your teacher? Apakah patut saya panggil guru awak?
  • What should I call him? Apakah patut saya panggil dia?
  • Can I call you Bobby (first name)? Bolehkah saya panggil awak Bobby (nama pertama)?
  • Can I call you Bob (nickname)? Bolehkah saya panggil awak Bob (nama timangan)?
  • What is your name? Apa nama awak? - digunakan dalam situasi yang tidak rasmi (atau tidak formal) di mana first name nama pertama sering digunakan.


Menjawab Soalan

Kita patut juga sedar bahawa orang lain pun mungkin tidak tahu apa nak panggil kita.

Apabila mereka bertanyakan kepada kita maka kita boleh memberi jawapan seperti contoh-contoh di bawah:
  • You can call me Nuraini (first name). Awak boleh panggil saya Nuraini (nama pertama).
  • Please, call me Nuraini (first name). Panggil saja Nuraini (nama pertama).
  • You may call me Nur (nickname). Awak boleh panggil saya Nur (nama timangan).

Panggilan Rasmi

Nama orang Inggeris hampir serupa dengan nama kita, orang Melayu.

Bezanya hanyalah pada bin atau binti sahaja.

Lihat contoh-contoh dibawah.

Contoh-contoh nama Melayu:
Junaidah binti Hamdan
Sidek bin Ahmad
Siti Nurliana binti Saad

Contoh-contoh nama Inggeris:
Bobby Johnson
James Bond
Susan Taylor

Nama Inggeris dibahagi kepada dua bahagian; first name nama pertama dan last name nama keluarga (last name juga dipanggil surname).

Merujuk kepada contoh-contoh nama Inggeris di atas, Bobby, James dan Susan adalah first name manakala Johnson, Bond dan Taylor adalah last name.

Panggilan rasmi bagi orang Inggeris adalah dengan menggunakan last name.

Panggilan rasmi digunakan dalam urusan rasmi perniagaan, aturcara rasmi atau sebagainya.

Cara memanggil adalah dengan menggabungkan gelaran dan last name seperti berikut:
Mr Encik + last name
Contoh: Excuse me, Mr Bond. Maafkan saya, Encik Bond.
Mrs Puan + last name (bagi wanita berkahwin yang menggunakan last name suami).
Contoh: Hello, Mrs Alexandra. Helo, Puan Alexandra.
Ms Cik + last name (bagi wanita berkahwin atau tidak, biasa diguna dalam urusan rasmi perniagaan).
Contoh: Pardon me, Ms Jackson. Maafkan saya, Cik Jackson.
Miss Cik + last name (bagi wanita belum berkahwin).
Contoh: Hi, Miss Bobby. Hai, Cik Bobby.
Dr Doktor + last name (harap maklum bahawa terdapat juga doktor yang menggunakan first name).
Contoh: Good morning, Dr Jones. Selamat pagi, Doktor Jones.
Prof Profesor + last name
Contoh: Hello, Prof Mikail. Helo, Profesor Mikail.

Cara sebutan gelaran-gelaran di atas adalah seperti berikut:
Mr - "Mister"
Mrs - "Misses"
Ms - "Mizz"
Miss - "Miss"
Dr - "Doctor"
Prof - "Professor"

Seringkali juga panggilan rasmi dibuat hanya dengan gelaran tanpa menggunakan last name seperti berikut:
Sir Tuan (lelaki dewasa)
Contoh: Excuse me, Sir. Maafkan saya, Tuan.
Madam Puan atau Ma'am Puan (wanita dewasa)
Contoh: Pardon me, Madam. Maafkan saya, Puan.

Panggilan Tidak Rasmi

Lazimnya first name digunakan untuk memanggil kawan, jiran, keluarga atau sebagainya.

Dengan kata lain, first name digunakan untuk panggilan tidak rasmi.

Walau bagaimana pun, gelaran juga sering digabungkan pada first name seperti berikut:
Mr Encik + first name (lelaki)
Contoh: Hello, Mr Danny. Helo, Encik Danny.
Miss Cik + first name (wanita belum berkahwin)
Contoh: Hi, Miss Jenny. Hai, Cik Jenny.

Perbezaan Gelaran British dan American

Gelaran British ditulis tanpa titik; contohnya Mr, Mrs, Dr dan Prof.

Sebaliknya, gelaran American ditulis dengan titik; contohnya Mr., Mrs., Dr. dan Prof.

Seterusnya, gelaran Madam diguna di Britain dan America manakala gelaran Ma'am diguna hanya di America Utara.

Panggilan Mesra

Untuk menunjukkan kemesraan terhadap anak, kekasih, sahabat atau sebagainya, terdapat beberapa gelaran yang sering digunakan seperti berikut:
Honey - orang yang disayangi.
Dear - orang yang dihargai.
Sweetie - orang yang disayangi.
Darling - suami-isteri atau kekasih.
Love - suami-isteri atau kekasih.
Buddy - kawan karib.
Baby atau Babe - kekasih.