Selasa, 10 Jun 2014

Cara menggunakan frasa I AM

"Am" ialah perkataan yang digunakan dalam frasa "I am". Kependekkan untuk frasa "I am" ialah I'm. Kedua-dua ayat di bawah memberi maksud yang sama iaitu "Saya ialah menantunya":
  • I am his son-in-law.
  • I'm his son-in-law.
Perkataan "am" boleh memberi berbagai maksud seperti yang diterangkan di bawah.


Frasa "I am" diikuti noun (kata nama)

Perkataan "am" memberi maksud "ialah" jika ia diikuti noun (kata nama atau frasa kata nama). Dalam contoh-contoh ayat di bawah, frasa noun berwarna merah:
  • I am a teacher. (Saya ialah seorang guru.)
  • I am Mr. Yukinoa Saito. (Saya ialah Mr. Yukinoa Saito)
  • I am the son of a retired astronaut. (Saya ialah anak lelaki kepada seorang angkasawan yang telah bersara.)

Frasa "I am" diikuti verb (kata kerja)

Perkataan "am" memberi maksud "sedang" jika ia diikuti verb (kata kerja atau frasa kata kerja). Dalam contoh-contoh ayat di bawah, frasa kata kerja berwarna merah. Ditunjukkan juga frasa kata keterangan (adverb) yang berwarna hijau:
  • I am walking slowly. (Saya sedang berjalan dengan perlahan.)
  • I am reading and memorizing in silence. (Saya sedang membaca dan menghafal dalam kesunyian.)
  • I am singing like a bird. (Saya sedang bernyanyi seperti burung.)

Frasa "I am" diikuti preposition (kata depan)

Perkataan "am" boleh memberi berbagai maksud jika ia diikuti preposition (kata depan atau frasa kata depan). Dalam contoh-contoh ayat di bawah, frasa kata depan berwarna merah. Perhatikan maksud-maksud perkataan "am":
  1. I am inside the house. (Saya berada di dalam rumah.)
  2. I am from office. (Saya datang dari pejabat.)
  3. I am at the third floor. (Saya berada di tingkat tiga.)
  4. I am with Suzana. (Saya berada bersama Suzana.)
  5. am like Batman. (Saya adalah seperti Batman.)
  6. I am without her. (Saya berada tanpa dia.)

Frasa "I am" diikuti adjective (kata sifat)

Perkataan "am" memberi maksud "adalah" jika ia diikuti adjective (kata sifat atau frasa kata sifat). Dalam contoh-contoh ayat di bawah, frasa kata sifat berwarna merah:
  1. I am thin. (Saya adalah kurus.)
  2. I am thirsty and hungry. (Saya adalah kehausan dan kelaparan.)
  3. I am taller than you. (Saya adalah lebih tinggi dari awak.)
  4. I am upset about all this. (Saya adalah sedih mengenai semua ini.)
  5. I am really beautiful. (Saya adalah benar-benar cantik.)
  6. I am quite surprised but happy. (Saya adalah agak terkejut tetapi gembira.)
Frasa "I am" sering digunakan dalam perbualan Bahasa Inggeris. Perbanyakkan membaca dan mendengar untuk mempelajari penggunaannya.