Sabtu, 1 Disember 2012

Perkataan Inggeris Close

A close shot of a girl biting a strawberry. Suatu tangkap dekat seorang perempuan menggigit sebiji strawberi. Close adalah perkataan Inggeris yang pada dasarnya memberi maksud tutup atau dekat. Perkataan close boleh digunakan sebagai verb, adverb, noun dan adjective.

Perkataan close sebagai verb
Sebagai verb perkataan close adalah jenis regular verb yang mempunyai 5 bentuk iaitu to close, close, closed, closing dan closes. Pada dasarnya close memberi maksud tutup.
  1. to close bererti untuk menutup: Don't forget to close the back door before you leave. Jangan lupa untuk menutup pintu belakang sebelum awak pergi.
  2. close bermaksud menutup: I close my eyes when I think of you. Saya menutup mata saya apabila saya memikirkan awak.
  3. closed bermaksud telah menutup: The whole wall collapsed after the doorman closed the sliding door. Seluruh dinding runtuh selepas penjaga pintu itu telah menutup pintu gelangsar.
  4. closing bermaksud sedang menutup: The organizer is closing the show because of heavy rain. Penganjur itu sedang menutup pertunjukan itu kerana hujan lebat.
  5. closes bererti menutup tetapi hanya digunakan untuk pihak ketiga tunggal iaitu he dia, she dia atau it ia: The victim closes his wounds with gauze to prevent bleeding. Mangsa itu menutup lukanya dengan kasa untuk mengelakkan pendarahan.
Perkataan close sebagai adverb
Sebagai adverb perkataan close memberi maksud dekat:
  1. The missile flew close by the Boeing 737 passenger plane. Peluru berpandu itu terbang berdekatan dengan pesawat penumpang Boeing 737 itu.
  2. Muslims must stand close to each other when praying. Orang-orang Islam mesti berdiri berdekatan di antara satu sama lain apabila bersembahyang.
Terdapat juga perkataan closely jenis adverb yang memberi maksud dekat-dekat, rapat-rapat, benar-benar, atau sebagainya:
  1. Follow me closely. Ikut saya dekat-dekat.
  2. Sew closely. Jahit rapat-rapat.
  3. A closely kept secret. Suatu yang benar-benar dirahsiakan.
Perkataan close sebagai noun
Sebagi noun close memberi maksud-maksud berikut:
  1. penutupan atau pengakhiran: The close of the circus was very good. Penutupan sarkas itu sungguh baik.
  2. It is time for a close. Sudah sampai masa untuk pengakhiran.
Terdapat juga perkataan jenis noun iaitu closeness yang bermaksud kedekatan atau kerapatan:
  1. We can't live in Mercury due to it's closeness to the Sun. Kita tidak dapat hidup di Marikh disebabkan oleh kedekatannya kepada Matahari.
  2. Your closeness to me disturbs me. Kerapatan awak dengan saya mengganggu saya.
Perkataan close sebagai adjective
Sebagai adjective perkataan close memberi maksud dekat dan mempunyai tiga bentuk iaitu:
  1. close dekat
  2. closer lebih dekat
  3. closest paling dekat
Cara penggunaannya adalah seperti berikut:
  1. I am sitting close to you. Saya sedang duduk dekat dengan awak.
  2. Your mother is sitting closer to you. Mak awak sedang duduk lebih dekat dengan awak.
  3. Your sister is sitting closest to you. Kakak awak sedang duduk paling dekat dengan awak.
Keterangan lanjut mengenai regular verb dan bentuk-bentuk verb terdapat di dalam ebook Verb dan Tense karya Teacher Zack.