Isnin, 3 Disember 2012

Perkataan Take dan penggunaannya

Would you like to take a piece of these tasty doughnuts? Sudikah awak mengambil sekeping dari donut-donut yang menyelerakan ini? Take adalah perkataan Inggeris yang pada dasarnya memberi maksud mengambil. Walaupun take adalah perkataan jenis verb tetapi ia boleh juga digunakan sebagai noun.

Maksud perkataan take sebagai verb
Take adalah perkataan jenis irregular verb yang mempunyai 6 bentuk iaitu to take, take, took, taken, taking dan takes. Sebagai verb perkataan take dan bentuk-bentuknya mempunyai berbagai maksud termasuk mengambil, membawa, memegang, menyebabkan atau menerima.
  1. to take boleh memberi maksud untuk mengambil: The swordsman came to take his sword and shield. Pemain pedang itu telah datang untuk mengambil pedang dan perisainya.
  2. take boleh memberi maksud menggenggam: Take it in your hand and don't it let go. Genggamlah ia di dalam tangan awak dan jangan melepaskannya.
  3. took boleh memberi maksud telah menyebabkan: What my boyfriend did took me by surprise. Apa yang dilakukan oleh teman lelaki saya telah menyebabkan saya terkejut.
  4. taken boleh memberi maksud sudah menerima: The accident victim says he has taken the incident as a fate. Mangsa kemalangan itu mengatakan bahawa dia sudah menerima peristiwa itu sebagai suatu takdir.
  5. taking boleh bererti sedang mengambil: The mountain climber is taking a big risk climbing that building. Pendaki gunung itu sedang mengambil risiko yang tinggi memanjat bangunan itu.
  6. takes hanya boleh digunakan untuk pihak ketiga tunggal iaitu he dia, she dia dan it ia serta boleh memberi maksud membawa: The gunman takes with him two hostages. Penjenayah yang bersenjata api itu membawa bersamanya dua orang tebusan.
Maksud perkataan take sebagai noun
Sebagai noun, plural majmuk untuk perkataan take adalah takes. Take mempunyai berbagai maksud seperti berikut:
  1. penilaian: What is your take about that student? Apakah penilaian awak mengenai pelajar itu?
  2. pengambilan: That is an illegal take. Itu adalah pengambilan yang menyalahi undang-undang.
  3. pendekatan: The way Teacher Zack teaches English Language is like a new take on an old idea. Cara Teacher Zack mengajar Bahasa Inggeris adalah seperti pendekatan baru di atas idea lama.
  4. babak: There are too many takes for that scene. Terdapat terlalu banyak babak untuk adegan itu.
Phrasal verb yang bermula dengan perkataan take
Terdapat banyak phrasal verb yang bermula dengan perkataan take diantaranya adalah:
  1. take apart memberi maksud memisah-misahkan: The mechanic took apart the left side of my car. Mekanik itu telah memisah-misahkan bahagian kiri kereta saya.
  2. take back bermaksud mengambil balik: Take back your money! Ambil balik duit awak!
  3. take off memberi maksud menanggalkan: Please take off your shoes, thank you. Sila tanggalkan kasut anda, terima kasih.
Idiom yang bermula dengan perkataan take
Berikut adalah sebahagian dari idiom yang bermula dengan perkataan take:
  1. take care memberi maksud berhati-hati: Please take care not to spill the liquid. Harap berhati-hati agar tidak menumpahkan cecair itu.
  2. take charge bermaksud mengawal atau menguasai: At least four soldiers must take charge of this location. Sekurang-kurangnya empat askar mesti mengawal lokasi ini.
Maklumat terperinci mengenai irregular verb dan bentuk-bentuk verb terdapat di dalam ebook Verb dan Tense Teacher Zack.