Rabu, 5 Disember 2012

Pelajarilah perkataan Inggeris Work

Jom kita mempelajari mengenai perkataan Inggeris work. Kita mulakan dengan suatu hadith yang mengandungi perkataan work ye:

Narrated Al-Aswad bin Yazid Diriwayatkan oleh Al-Aswad bin Yazid: I asked 'Aisha "What did the Prophet use to do at home?" Saya bertanyakan 'Aisha, "Apakah yang biasa dilakukan oleh Rasulullah s.a.w di rumah? She said, "He used to work for his family, and when he heard the Adhan (call for the prayer), he would go out." Dia menjawab, "Dia biasanya bekerja untuk keluarganya, dan apabila dia mendengar Azan (panggilan Solat) dia akan keluar." - hadith Bukhari book 64, hadith 276 hadith Bukhari buku 64, hadith 276.

Perkataan work boleh digunakan sebagai noun atau verb dan mempunyai berbagai maksud.

Penggunaan perkataan work sebagai noun
Plural majmuk untuk perkataan work adalah works. Sebagai noun perkataan work boleh memberi maksud-maksud berikut:
  1. kerja: That unemployed man is looking for work. Penganggur itu sedang mencari kerja.
  2. waktu: Let's meet after work. Marilah berjumpa selepas kerja.
  3. tempat: Should the banker call you at home or at work? Adakah pegawai bank itu patut menelefon awak di rumah atau di tempat kerja?
  4. berhasil: The aircraft designer hopes that his efforts will work. Pereka bentuk pesawat udara itu berharap agar usahanya akan berhasil.
  5. karya: This Verb and Tense ebook is the work of Teacher Zack. Ebook Verb dan Tense ini adalah karya Teacher Zack.
Penggunaan perkataan work sebagai verb
Work boleh digunakan sebagai regular verb dan mempunyai 5 bentuk iaitu to work, work, worked, working dan works. Work boleh memberi banyak maksud seperti bekerja, berjalan lancar, mengendalikan, berusaha dan lain-lain.
  1. to work boleh memberi maksud untuk bekerja: The fresh graduate came to this company to work as a Plant Manager. Siswazah baharu itu telah datang ke syarikat ini untuk bekerja sebagai Pengurus Loji.
  2. work boleh bermaksud berjalan lancar: This printing machine does not work as it should. Mesen pencetak ini tidak berjalan lancar seperti yang sepatutnya.
  3. worked boleh bererti telah mengendalikan: This experienced tractor driver has worked many similar vehicles. Pemandu traktor yang berpengalaman ini telah mengendalikan banyak kenderaan yang serupa.
  4. working boleh bererti sedang berusaha: My eldest son is working his way to be a doctor. Anak sulung saya sedang berusaha untuk menjadi seorang doktor.
  5. works hanya boleh digunakan untuk pihak ketiga tunggal dan boleh memberi maksud menonjolkan: The animal trainer works her intelligence to get the job. Pelatih haiwan itu telah menonjolkan kebijaksanaannya untuk mendapatkan pekerjaan itu.
Penggunaan perkataan work sebagai verb phrase
Salah satu verb phrase frasa kata kerja popular yang menggunakan perkataan work adalah work out. Ia boleh memberi maksud:
  1. bersenam: Teacher Zack likes to go to the gym to work out. Teacher Zack suka pergi ke gim untuk bersenam.
  2. menyelesaikan: The smart boy worked out that complex mathematics problem so easily. Budak yang bijak itu telah menyelesaikan masalah matematik yang rumit itu dengan mudah.
Keterangan lanjut mengenai bentuk verb terdapat di dalam ebook Verb dan Tense Teacher Zack.