Sabtu, 15 Disember 2012

Perkataan In sebagai adjective

Sebelum ini Teacher Zack telah menerangkan cara menggunakan perkataan in sebagai preposition dan juga perkataan in sebagai adverb. Kini Teacher Zack nak cerita pula cara penggunaan perkataan in sebagai adjective. Ingat ye, adjective selalu diikuti oleh noun. Berikut adalah maksud-maksud perkataan in sebagai adjective:
  1. fesyen terkini: The in thing teenagers wear these days is black T-shirt and jeans. Fesyen terkini pakaian remaja-remaja di masa ini adalah kemeja-T hitam dan seluar jeans.
  2. berkuasa, terunggul, terhebat, terkenal: The Prime Minister himself is a member of the in party. Perdana Menteri sendiri adalah ahli parti yang berkuasa itu.
  3. menuju ke arah dalaman: Due to congestion the commuter had to take the in train to work today. Disebabkan kesesakan pengulang-alik itu terpaksa mengambil keretapi yang menuju ke arah dalaman untuk ke tempat kerja hari ini.
  4. berkaitan terhadap suatu badan eksklusif: What you have done was not in reference to the corporate image of this company. Apa yang awak telah lakukan bukan suatu kepatuhan terhadap imej korporat syarikat ini.
  5. lokasi atau terdapat di dalam sesuatu: You should keep the in part of your computer clean to prevent overheating. Anda patut memastikan bahagian dalaman komputer anda bersih untuk mengelakkan dari pemanasan lampau.