Isnin, 10 Disember 2012

Pelajarilah perkataan Of

Of adalah perkataan jenis preposition dan adalah diantara perkataan yang sering digunakan di dalam Bahasa Inggeris. Perkataan of mempunyai banyak maksud diantaranya adalah:
  1. yang berasal dari: The Salam is a custom of Islam. Salam itu adalah suatu adat (yang berasal dari) Islam.
  2. akibat : My grandfather died of a Heart Attack. Datuk saya meninggal dunia akibat Penyakit Jantung.
  3. sejauh mana atau dari: The aborigines village is two kilometers west of here. Perkampungan orang asli itu terletak dua kilometer barat dari sini.
  4. dipisahkan atau kehilangan: Those families were robbed of their homes after the storm. Keluarga itu telah kehilangan tempat tinggal selepas ribut itu.
  5. sebahagian dari kumpulan atau diantara: Three of the Muslim terrorists were killed. Tiga diantara Mujahid-mujahid Islam itu terbunuh.
  6. daripada: That model's green scarf is made of silk. Skaf hijau peragawati itu diperbuat daripada sutera.
  7. bersambung atau milik: The pillar of that building is cracked. Tiang (milik) bangunan itu retak.
  8. memliki sifat: 
    1. It is nice of you to call me. Awak (memliki sifat yang) baik kerana menelefon saya.
    2. It is inconsiderate of you to hurt her. Awak (memliki sifat yang) tidak betimbang rasa kerana menyakitinya.
    3. This university's Chancellor is a woman of honor. Canselor universiti ini adalah seorang wanita yang kehormat.
  9. terhadap: My daughter's love of snakes is hard to believe. Cinta anak perempuan saya terhadap ular-ular susah untuk dipercayai.
  10. yang mengandungi: Please hand me the box of chocolate. Sila berikan kepada saya kotak (yang mengandungi) coklat itu.
  11. kaitan antara aksi dan objek: 
    1. Smoking of cigarette is dangerous. Penghisapan rokok adalah merbahaya.
    2. Killing of innocent citizen is a war crime. Pembunuhan rakyat yang tidak berdosa adalah jenayah perang.
    3. Thinking of people who hurt you is a waste of time. Memikirkan tentang orang yang menyakiti anda adalah membuang masa.