Khamis, 20 Disember 2012

Jom belajar perkataan Wake

Pada dasarnya wake adalah perkataan jenis verb. Perkataan wake mempunyai bentuk-bentuk dari dua jenis verb iaitu irregular verb dan regular verb seperti berikut:

irregular verb   regular verb   
to wake
wake
woke
woken
waking
wakes 
to wake
wake
waked
waked
waking
wakes

Bentuk woke dan waked mempunyai maksud yang sama menurut penggunaannya di dalam ayat. Bentuk woken dan waked juga mempunyai maksud yang sama menurut penggunaannya di dalam ayat. Kita boleh menggunakan yang mana kita suka. Jom kita lihat maksud-maksud perkataan wake sebagai verb:
  1. bangun dari tidur: 
    1. I don't like to wake up in the morning during weekends. Saya tidak suka untuk bangun pagi pada hujung minggu. (Tak solat subuh la tu.)
    2. The garderner had woken up last night but he went to sleep again. Tukang kebun itu telah pun bangun malam tadi tetapi dia masuk tidur semula.
  2. bangun atau sedar dari berkhayal atau bermimpi:
    1. Stop dreaming, wake up and finish your essay now! Berhenti berkhayal, bangun dan habiskan esei anda sekarang!
    2. The young girl smiled after waking up from her pensive mood. Gadis muda itu tersenyum setelah dia bangun dari termenung.
  3. menyedari sesuatu keadaan, biasanya secara tiba-tiba atau secara mengejutkan:   
    1. The adventurers suddenly woke to the dangers they were in. Pengembara-pengembara itu tiba-tiba menyedari bahaya yang mereka menghadapi.
    2. Without warning the diver wakes to the presence of a Great White shark. Tanpa amaran penyelam itu menyedari kehadiran seekor Jerung Putih.
  4. berada didalam keadaan yang sedar, biasanya secara berpanjangan:
    1. He said that whether he wakes or sleep, he always think of me. Dia telah berkata bahawa tidak mengira dia sedar atau tidur, dia sentiasa memikirkan saya. (Rasanya dia benar-benar nak kat awak ni.)
    2. I am waking myself up by listening to this Rock music. Saya sedang menyedarkan diri dengan mendengar muzik Rock ini. (Mudah-mudahan kalau mendengar Al-Quran akan lebih sedar lagi.)
Berikut adalah contoh-contoh ayat dimana perkataan wake digunakan secara passive pasif iaitu woken by atau waked by yang memberi maksud dikejutkan oleh, dibangunkan oleh, disedarkan oleh, atau sebagainya:
  1. The street begger who was sleeping was waked by the authorities. Pengemis jalanan yang sedang tidur itu telah dibangunkan oleh pihak berkuasa.
  2. My son-in-law was woken by a loud noise outside the house. Menantu lelaki saya telah dikejutkan oleh bunyi yang kuat di luar rumah.
Keterangan lanjut mengenai bentuk-bentuk regular verb dan irregular verb serta penggunaan verb secara aktif atau pasif terdapat di dalam ebook Verb and Tense karya Teacher Zack.