Sabtu, 8 Disember 2012

Perkataan Leave sebagai noun dan phrasal verb

Penggunaan perkataan leave sebagai noun
Plural majmuk untuk perkataan leave adalah leaves. Berikut adalah maksud-maksud perkataan leave sebagai noun:
  1. cuti: The clerk is on two days sick leave. Kerani itu sedang cuti sakit selama dua hari.
  2. izin: The contender was granted leave to speak. Petanding itu diberi izin untuk bercakap.
  3. pergi secara sopan: We took leave of them after lunch. Kami telah meninggalkan mereka selepas makan tengahari.
Harap tak terkeliru bahawa terdapat juga perkataan jenis noun iaitu leaves yang memberi maksud daun-daun. Singular tunggal untuk perkataan leaves daun-daun adalah leaf daun.
  1. Please don't pluck the leaves from the tree. Harap jangan memetik daun-daun dari pokok itu. (Ini yang Teacher Zack tak suka tau, macam takde kerja pulak nak petik, petik daun.)
Phrasal verb yang mengandungi perkataan leave
Berikut adalah phrasal verb yang mengandungi perkataan leave:
  1. leave alone memberi maksud mengelakkan diri dari mengganggu: Please leave alone the Finance Manager because she is too busy now. Harap tidak mengganggu Pengurus Kewangan itu sebab dia terlalu sibuk sekarang.
  2. leave off bermaksud berhenti dari mengguna: We left off the umbrella after the rain stopped. Kami telah berhenti menggunakan payung selepas hujan berhenti.
  3. leave out memberi maksud dikeluarkan: Leave out the Director's name from the list. Keluarkan nama Pengarah dari senarai itu.