Isnin, 31 Disember 2012

Pelajarilah perkataan I

Pada dasarnya I adalah perkataan jenis pronoun yang memberi maksud saya. Berikut adalah bentuk-bentuk perkataan I:
  1. Nominative, I saya:
    1. I am Teacher Zack. Saya adalah Teacher Zack.
    2. The script writer and I are good friends. Penulis script itu dan saya adalah kawan baik.
  2. Objective, me saya:
    1. The postman did not give me any form to sign. Posmen itu tidak memberi saya apa-apa borang untuk ditandatangani.
    2. Did you called me just a moment ago? Adakah awak menelefon saya sebentar tadi?
  3. Possessive
    1. Pronoun, mine milik saya:
      1. Haha, the world is now mine! Haha, kini dunia adalah milik saya!
      2. How I wish that BMW car is mine. Alangkah baiknya jika kereta BMW itu adalah milik saya.
    2. Adjectivemy (milik) saya:
      1. Would you like to come to my birthday party? Sudikah awak datang ke majlis ulang tahun saya?
      2. Thank you for being my Facebook friend. Terima kasih kerana menjadi kawan Facebook saya.
  4. Plural nominative, we kami:
    1. We are here to help the poor. Kami berada di sini untuk menolong orang-orang miskin.
    2. Can we wait here for a while? Bolehkah kami menunggu di sini sebentar?
  5. Plural objective, us kami:
    1. Don't call us, we'll call you. Jangan menelefon kami, kami akan menelefon kamu.
    2. That conman lied to us! Penipu itu telah menipu kami!
  6. Plural possessive
    1. Pronoun, ours (milik) kami:
      1. Those jewelleries are ours. Barang-barang kemas itu adalah milik kami.
      2. Ours are blue in color while yours are green. Milik kami berwarna biru manakala milik kamu berwarna hijau.
    2. Adjective, our (milik) kami:
      1. There are more break-in cases in our area. Terdapat lebih kes kejadian pecah rumah di kawasan kami.
      2. Our people dislike violence. Rakyat kami tidak menyukai keganasan.