Selasa, 11 Disember 2012

Fahamilah perkataan And

And adalah perkataan jenis conjunction yang boleh memberi beberapa maksud seperti berikut:
  1. dan: Ahmad and me are good friends. Ahmad dan saya adalah kawan baik.
  2. maka: The footballer fell down and cut his knee. Pemain bolasepak itu terjatuh maka lututnya terluka.
  3. kemudian: We paid the doorman and he allowed us in. Kami membayar penjaga pintu itu kemudian dia membenarkan kami masuk.
  4. tambah: Two and two equals four. Dua tambah dua sama dengan empat.
  5. memberi tekanan kepada maksud secara menyambung perkataan yang sama: 
    1. The boys ran and ran without looking back. Budak-budak itu lari dan lari tanpa memandang ke belakang.
    2. It rained and rained until dawn. Ia hujan dan hujan sehingga subuh.
  6. menggantikan perkataan lah dan sering digunakan dengan perkataan come mari, go pergi, see lihat dan sebagainya:
    1. Come and be with me. Marilah bersama saya.
    2. Try and see this if you don't believe me. Cubalah lihat ini jika awak tidak mempercayai saya.
    3. Go and follow him. Pergilah mengikuti dia.
Perkataan and terdapat juga di dalam idiom and so forth yang memberi maksud dan seterusnya:
  1. Mom bought apple, mangoes, banana, and so forth. Ibu telah membeli buah-buahan apple, mangga, pisang, dan seterusnya.
  2. We watch a movie, took lunch, shopped, and so forth. Kami telah menonton wayang, makan tengahari, membeli-belah, dan seterusnya.