Isnin, 24 Disember 2012

Perkataan Cook sebagai noun, adjective dan phrasal verb

Perkataan cook sebagai noun
Apabila perkataan cook digunakan sebagai noun ia memberi maksud:
  1. tukang masak: Teacher Zack is not a good cook. Teacher Zack bukan seorang tukang masak yang baik.
Perkataan cook sebagai adjective
Perkataan cook boleh juga digunakan sebagai adjective. Berikut adalah bentuk-bentuk perkataan cook sebagai adjective serta maksud-maksud penggunaannya di dalam ayat:
  1. cookable memberi maksud boleh dimasak: These pineapples are still cookable. Nanas-nanas ini masih boleh dimasak.
  2. uncookable bermaksud tidak boleh dimasak: Those vegetables are uncookable. Sayur-sayuran itu tidak boleh dimasak.
  3. cookless memberi maksud tidak dapat memasak: Where is the chef? I am cookless without him. Dimanakah ketua tukang masak? Saya tidak dapat memasak tanpa dia.
Perkataan cook sebagai phrasal verb
Phrasal verb yang menggunakan perkataan cook adalah cook up dan ia memberi maksud mengada-adakan, memalsukan atau mereka-reka:
  1. That mischievous student always cook up excuses when arriving late at school. Murid yang nakal itu selalu mengada-adakan alasan apabila lewat tiba di sekolah.