Rabu, 12 Disember 2012

Mengenali article A

Huruf kecil untuk huruf A adalah a. Walaupun a adalah suatu huruf di dalam Bahasa Inggeris ia juga adalah suatu perkataan. Pada dasarnya a adalah perkataan jenis indefinite article. Selain itu perkataan a boleh juga digunakan sebagai noun. Jom kita mempelajari mengenai huruf atau perkataan a.

Perkataan a sebagai indefinite article
Apabila perkataan a digunakan sebagai indefinite article ia juga dipanggil determiner penunjuk. Sebagai determiner jika perkataan a diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu ia memberi maksud se iaitu seperti yang terdapat di dalam perkataan seorang, seutas, seekor, atau sebagainya. Berikut adalah cara penggunaan perkataan a sebagai determiner:
  1. digunakan untuk merujuk secara umum kepada singular noun kata nama tunggal:
    1. Are you a boy or a girl? Adakah awak seorang lelaki atau seorang perempuan?
    2. A raise in salary is all you need. Suatu kenaikan gaji adalah apa yang awak perlukan. (Walaupun raise in salary kenaikan gaji bukan suatu perkataan tetapi adalah suatu frasa, pada keseluruhannya ia juga adalah jenis singular noun kata nama tunggal.)
  2. digunakan sebelum proper noun kata nama khas untuk menunjukkan seolah-olahnya mempunyai kebolehan seperti orang (kata nama khas) yang dirujuk itu:
    1. I am a Superman! Saya adalah seorang Superman!
    2. A Hang Jebat is what he wants to be. Seorang Hang Jebat adalah apa yang dia ingin jadi.
  3. digunakan sebelum perkataan yang memberi gambaran ukuran kepada noun kata nama:
    1. a box of chocolate. sekotak coklat.
    2. a cup of coffee. secawan kopi.
    3. a group of friends. sekumpulan kawan-kawan.
    4. a piece of paper. sekeping kertas.
  4. digunakan diantara perkataan-perkataan yang memberi gambaran ukuran waktu:
    1. four times a day. empat kali sehari.
    2. twice a week. dua kali seminggu.
    3. once a year. sekali setahun.
Perkataan a sebagai noun
Plural majmuk untuk perkataan a ditulis sebagai a's dan untuk huruf besar ditulis sebagai A's. Sebagai noun perkataan a boleh memberi maksud:
  1. perkataan pertama di dalam Bahasa Inggeris: Do you know that the first alphabet in English language is ATahukah anda bahawa huruf pertama di dalam Bahasa Inggeris adalah A?
  2. menunjukkan kedudukan atau gred: Wow, my son got 7 A's for his SPM! Wah, anak lelaki saya telah mendapat 7 A untuk SPM!
  3. not muzik: Did you press a C or an A on the piano? Adakah awak menekan C atau A pada piano itu?
  4. jenis darah: Teacher Zack's blood type is A+. Jenis darah Teacher Zack adalah A+. (Tak ingin pun orang nak tahu..)