Sebelum ni Teacher Zack telah menerangkan mengenai
perkataan late sebagai adjective. Kini kita lihat maksud-maksud serta cara penggunaan perkataan late sebagai
adverb pula seperti berikut:
- selepas waktu yang sepatutnya, atau suatu kelewatan: Don't make it a habit to arrive late at your workplace. Jangan menjadikannya suatu tabiat untuk lewat tiba di tempat kerja.
- sehingga waktu yang terlebih dari yang sepatutnya, sering dilarut malam: I wonder why my husband often work late in office. Saya hairan kenapa suami saya sering bekerja lambat di pejabat. (Maklumlah, dia sibuk kan...)
- pada waktu, peringkat atau tempoh yang tertangguh: These flowers blossom late in cold climates. Bunga-bunga ini lewat menguntum pada cuaca sejuk.
- selewat: As late as last month the circus is still in town. Selewat bulan lepas sarkas itu masih berada di bandar ini.
- baru-baru ini tetapi tidak lagi: The popular newsreader is late of Kuala Lumpur, now living in Terengganu. Pembaca berita yang terkenal itu baru-baru ini di Kuala Lumpur, kini tinggal di Terengganu.
Harap maklum bahawa sebagaimana adjective, perkataan late yang digunakan sebagai adverb juga mempunyai bentuk-bentuk
late lambat,
later lebih lambat dan
latest paling lambat contohnya:
- He arrived late. Dia tiba lambat.
- He arrived later than me. Dia tiba lebih lambat dari saya.
- He arrived the latest. Dia tiba paling lambat.