Jumaat, 7 Disember 2012

Perkataan Leave sebagai verb

Pada dasarnya leave adalah perkataan jenis irregular verb yang mempunyai 5 bentuk iaitu to leave, leave, left, leaving dan leaves. Berikut adalah maksud-maksud perkataan leave:
  1. menjauhkan diri: He moved to another state with the intention to leave me here on my own. Dia telah berpindah ke bandar lain dengan niat untuk meninggalkan saya di sini bersendirian.
  2. pergi: Shut up and leave! Diam dan pergi!
  3. menimbulkan kesan: The car left a trail of exhaust fumes. Kereta itu telah meninggalkan jejak asap paip ekzos.
  4. menghasilkan: Five minus two leaves three. Lima tolak dua menghasilkan tiga.
  5. bersedekah: That wealthy woman is leaving her money to charity. Wanita kaya itu sedang menyedekahkan duitnya kepada sumbangan amal.
  6. tulis atau tinggalkan: Please leave your name and address here. Sila tulis nama dan alamat anda di sini.
  7. berhenti kerja: The soldier left the army to become a singer. Askar itu telah meninggalkan tentera untuk menjadi seorang penyanyi.
  8. biarkan: Leave me alone! Biarkan saya seorang diri!
  9. menjadi penyebab: A childhood problem often leaves an emotional scar. Sesuatu masalah zaman kanak-kanak sering meninggalkan parut emosi.
  10. menyerahkan: My husband leaves shopping matters to me. Suami saya menyerahkan urusan membeli-belah kepada saya.
  11. ditinggalkan: The teenager was left in the desert without food and water. Remaja itu telah ditinggalkan di padang pasir tanpa makanan dan air.
Pelajarilah mengenai jenis-jenis verb, bentuk-bentuk verb serta penggunaan verb di dalam ayat melalui ebook Verb and Tense karya Teacher Zack.