Jumaat, 21 Disember 2012

Lain-lain penggunaan perkataan Wake

Pada rencana yang sebelum ini Teacher Zack telah menerangkan mengenai perkataan wake sebagai verb. Ketahuilah bahawa perkataan wake boleh juga digunakan sebagai noun. Berikut adalah maksud-maksud perkataan wake sebagai noun:
  1. olak atau gelombang yang ditinggalkan oleh sesuatu yang bergerak:
    1. The wake of the speedboat caused the canoe to capsize. Olak buri yang ditinggalkan oleh bot laju itu telah menyebabkan kanu itu terbalik.
    2. Do you know that a jet leaves behind a strong wake? Tahukah anda bahawa sebuah pesawat jet meninggalkan gelombang yang kuat?
  2. akibat yang ditinggalkan, laluan, berikutan:
    1. The tornado left a massive destruction in its wake. Puting beliung itu meninggalkan kemusnahan yang besar pada laluannya.
    2. The war left a famine in its wake. Peperangan itu meninggalkan kebuluran berikutannya.
Terdapat juga idiom yang menggunakan perkataan wake iaitu in the wake of yang memberi maksud ekoran daripada atau berikutan kebangkitan:
  1. A quarrel followed in the wake of the misunderstanding. Suatu perkelahian berlaku ekoran daripada perselisihan itu.
  2. The people are happier in the wake of the new SKK party. Rakyat lebih gembira berikutan kebangkitan parti SKK baru itu.